Bab 7

Romance Series 7483

BAB 7

“Yup. Ada bukti aksi panas kita hari tu dalam simpanan I. I rakam guna hp I. Amacam? Hebat kan I? You nak tengok tak rakaman dia? Kot-kot nak ulang balik saat-saat manis. I on je!” angkuh sekali

Huzairie berkata sebegitu. Aishah yang mendengar merasakan hidupnya sudah hancur.

“Jantan tak guna. Sial kau, Huzairie!” Air mata di pipi diseka perlahan-lahan.

“Kau kata lah apa-apa. Asal kau tak bersama dengan Azmir. Aku puas hati!”

“Apa salah aku dengan kau? Kenapa kau tak pernah puas hati mendera aku! Aku benci kau Huzairie!” tangis Aishah.

“Aku kesiankan kau tapi itulah akibat kalau kau dengan Azmir bersama. Think wisely. I tak main-main dengan apa I cakap tadi. I love you sayang. Bye!” Huzairie tersenyum sinis, memakai balik cermin mata gelapnya lalu melangkah keluar dari restoran KFC meninggalkan Aishah yang menangis keseorangan.
*****

Aishah pergi membawa diri. Abang jangan risaukan Aishah. Maafkan Aishah sebab tidak meminta izin. Aishah pergi bukan kerana marahkan abang. Aishah pergi demi kita. Aishah sayangkan abang. Maafkan Aishah.

Ikhlas,
Aishah

Azmir meraup wajahnya. Sudah beratus-ratus kali dia membaca surat yang ditinggalkan Aishah.Sudah seminggu Aishah menghilangkan diri tanpa khabar. Dia langsung tidak faham dengan tindakan isterinya itu.

“Ting, tong!” Azmir bergerak pantas ke pintu. Berdoa agar wajah Aishah yang kelihatan. Senyumannya mati melihat wajah yang dibencinya. Huzairie.

“Apa kau buat kat sini?” soal Azmir keras.

“Aku nak jumpa wife kau or lebih tepat perempuan simpanan aku. Mana dia?” Huzairie dengan selamba masuk ke dalam rumah mereka dan mencari kelibat Aishah.

“Jaga sikit words kau. Aku tak izinkan kau masuk. Keluar sekarang!” panas telinganya mendengar Huzairie mengelar Aishah sebegitu.

“Betul apa. Gelaran apa yang perlu aku guna untuk perempuan macam tu selain dari perempuan simpanan?” Huzairie ketawa kecil. Arahan Azmir yang menyuruh dia keluar hanya diabaikan. Dia mengambil tempat duduk di sofa dan senyum ke arah Azmir.

“Kau tak layak nak cakap dia macam tu. Dia bini aku!” Azmir menekankan ayatnya dengan tegas.

“Up to you then. Mana dia?” sekali lagi mata Huzairie melilau-lilau mencari kelibat Aishah tetapi gagal.

“Dia keluar” Azmir memberi alasan.

“Keluar ke tinggalkan kau?” Huzairie ketawa perlahan. Azmir berasa tidak selesa yang Huzairie tahu Aishah menghilang. Hatinya cuak memikirkan sekiranya Aishah berhubungan semula dengan Huzairie dan atas sebab itu Aishah meninggalkannya.
“Kau peduli apa?! Yang kau nak jumpa dia tu kenapa?” tanya Azmir lebih kuat. Hatinya sudah mula diamuk cemburu.Huzairie melihat penampilan Azmir dari atas hingga ke bawah. Azmir dengan badan sedikit susut, raut muka yang tidak bermaya, dan berjambang. Azmir, lelaki yang berkarisma dan tampan kini nampak lebih kurang seperti penagih dadah. Cukup untuk membuahkan senyuman Huzairie.

“Berdasarkan pemerhatian aku, kau ni dah ditinggalkan Aishah kan?” ketawa Huzairie. Azmir mencekak kolar Huzairie memaksanya berdiri. Dia dapat merasakan tanggapannya seolah betul.

“Baik kau cakap betul-betul. Mana kau tahu semua ni? Kenapa Aishah tinggalkan aku?!” soal Azmir tidak sabar. Cemburunya semakin tinggi melihat Huzairie hanya tersenyum.

“Aku yang paksa dia tinggalkan kau. Aku berjaya pisahkan korang berdua!” ketawa Huzairie.

“Kau pahal? Dahlah kau abaikan dia lepas tu kau boleh pulak kacau hidup dia dengan aku. Kau ni psiko ke apa?” merah mata milik Azmir menatap wajah Huzairie. Sebolehnya dia cuba mengawal agar tangannya tidak tertumbuk Huzairie.

“Peduli la. Asal aku punya dendam terbalas” Azmir lantas melepaskan cengkamanya pada kolar Huzairie.
‘Dendam?’

“Maksud kau ape ni? Dendam apa?” soal Azmir tidak sabar.
“Alina. Kau lupa siapa dia?” Wajah Huzairie keruh menyebut nama Alina. Senyuman dan ketawanya mati mengingati wajah kesayangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience