Bab 2

Romance Series 7483

Bab 2

“Assalamuailakum”

“Walaaikumusalam. Ada apa abah?” ada getar di suara Aishah mendengar suara abahnya, Encik Kamal. Dia menelan air liurnya berkali-kali menutup gusar di hati.

“Hah! Sejak bila abah tak boleh call anak sendiri? Perlu ada sebab jugak ke?” soal Encik Kamal.

“Eh. Takla. Aishah hairan je. Selalunya abah tak call time macam ni” Aishah cuba memberi alasan yang dikira munasabah. Memang jarang abahnya menghubungi semasa waktu pejabat.

“Tak ada apanya Aishah. Abah nak tanya kenapa tak balik lagi? Dah dua minggu Aishah tak balik rumah. Mak dah sibuk tanya pasal Aishah” soal Encik Kamal.

“Aishah banyak kerja abah. Company Aishah banyak tender masuk. Aishah yang kena uruskan. Malas pulak nak balik. Kena balik jugak ke abah?” Aishah memberi alasan.

“Kerja apanya? Selalu kerja banyak mana, pandai je balik setiap minggu. Abah tak kira. Minggu ni wajib balik. Tak ada alasan!” tegas Encik Kamal.
‘Klik’

“Abah! Abah!” Aishah mengeluh lalu menutup telefonnya. Talian sudah diputuskan oleh Encik Kamal. Nampaknya, memang terpaksalah dia balik ke Kuala Selangor hujung minggu ini. Memang sukar untuk dia melawan kata-kata abahnya. Kalau satu dikatanya, memang satu la tu.

*****

“Amboi adik, pergi KL makin tembam eh akak tengok!” ujar Kak Mai sambil mencuit pinggang Aishah. Aishah hanya mencebik. Sedangkan di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa terkejutnya dia mendengar komen kakak sulungnya.

“A’ahla. Anak mak makin gemuk. Baru dua minggu tak jumpa, takkan jadi berisi macam ni” ujar Puan Sadiah sambil mengerling pelik melihat badan anaknya dari atas ke bawah.

“Aishah makan banyak la mak. Banyak kerja nak kena buat. Tension sikit. Macam mak tak tahu perangai Aishah kalau tension. Badan Aishah kan senang naik. Makan banyak je, terus tembam. Hehehe..” sengih Aishah cuba menutup rahsia yang disimpan. Belum tiba masanya untuk berterus-terang dengan keluarganya. Aishah terus melangkah ke meja makan dan melihat pelbagai hidangan yang mengecurkan air liurnya.

“Ewah mak. Banyak masak. Yum, yum, yum” bicara Aishah sambil mengusap-usap perutnya, sambil cuba menukar topik perbualan mereka.

“Memang patut pun gemuk. Makan tak ingat dunia. Tengok mak!” jerit Kak Mai melihat adiknya enak menyuap udang ke dalam mulut.
“Eyh budak bertuah ni. Untuk tetamu la. Jangan ambil sesuka hati” Puan Sadiah memukul lembut lengan Aishah.

“Tetamu? Siapa datang mak?” soal Aishah dengan mulut yang penuh. Melihat senyuman nakal dari Kak Mai semakin membuahkan pertanyaan.
“Jangan banyak tanya. Pergi mandi-mandi dan bersiap. Kejap lagi sampai la dorang tu” ujar Puan Sadiah lagi. Tanpa banyak bicara, Aishah lantas mengangkat kaki menuju ke bilik tidurnya.

*****

“Aishah! Oh Aishah! Mana airnya. Orang dah lama menanti air kamu ni” laung Encik Kamal dari ruang tamu. Aishah terkocoh-kocoh menyusun gelas-gelas di atas talam beserta air kopi yang dibancuhnya.
‘Entah siapa pulak yang datang? Dahlah aku yang kena buat air. Selalu ni semua kerja Kak Mai! Ish, geramnya!’ gumam Aishah perlahan.

“Ya, ya. Aishah on the way la ni” langkah diatur penuh tertib. Aishah hanya menunduk, tidak berani mengangkat muka.
‘Eh, ada ke tak orang ni? Sunyi semacam je?’soalnya di dalam hati, hairan dengan suasana yang hening. Dia mengangkat kepalanya perlahan ingin melihat wajah-wajah tetamu.
“Erk?” Aishah terkejut beruk melihat tetamu yang datang.

“Aunty? Uncle? Azmir?” soal Aishah melihat wajah-wajah yang dikenali. Aishah melangkah ke arah Puan Maria untuk bersalam. Aishah menghulurkan senyuman kepada Encik Saifuddin sambil mengangguk.

Kepada Azmir dia hanya menjongketkan kening, memberi insyarat bertanyakan sebab kedatangan tetapi Azmir buat tak faham. Aishah hanya menjelirkan lidahnya kepada Azmir sambil menghadiahkan jelingan maut. Perlakuan Aishah membuahkan senyuman kepada ahli keluarganya tanpa Aishah sedari.

“Apa khabar Aishah?” soal Puan Maria sambil memandang wajah ayu Aishah. Aishah mengalihkan pandangannya kepada Puan Maria sambil tersenyum.

“Okay je aunty. Tiba-tiba je aunty and uncle datang. Terkejut Aishah. Mak dengan abah cakap ada tetamu tadi.
Ingatkan siapa la tadi sampai kena bersiap pakai baju cantik-cantik macam ni” ujar Aishah sambil tersengih-sengih.

‘Ouch!’ terasa seperti ada ketam yang mengetip pehanya. Puan Saidah menjeling Aishah yang mengerut kesakitan.

‘Erk? Aku cakap apa tadi? Betullah kan?’ soal Aishah tidak puas hati di dalam hati.
“Kak Maria, dia ni agak selamba sikit bercakap. Memang tak jaga mulut. Jangan kecil hati pulak” ujar Puan Sadiah.

“Tak apalah. Tak kecil hati langsung. Dah biasa sangat si Aishah ni bergurau dengan kami. Haa, Aishah! Kenapa tak datang rumah dah? Dah lama aunty tak jumpa Aishah?” soal Puan Maria ramah.
“Sorry la aunty. Aishah busy sejak kebelakangan ni.

Banyak kerja. Lain kali Aishah pergi ke rumah aunty okay?” Aishah bermanis mulut. Takut dicubit emaknya lagi.
Suasana kembali senyap.

“Aishah, Mak dengan bapa Azmir datang ni bawa hajat. Mereka nak kamu berkahwin dengan si Azmir ni” terang Encik Kamal perlahan memecahkan kesunyian.

“Hah? Dengan Azmir ni ke?” soal Aishah terkejut sambil menuding tepat ke wajah Azmir. Semua hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Puan Sadiah menarik tangan Aishah yang tak reti-reti turun dari menunjuk ke wajah Azmir.

“Azmir mana pulak lagi? Dah lupa pakwe sendiri ke?” Kak Mai masuk campur. Aishah hanya menjeling ke arah Kak Mai yang menayangkan gigi Colgate.

“Kenapa tiba-tiba?” soal Aishah blur kepada keluarga Azmir.
“Amboi, sudah-sudahlah nak berlakon dengan kami. Azmir dah terangkan semua dengan mak abah. Dah bercinta tu, kena la kahwin.
Tak baik bercinta lama-lama. Patutlah mak selalu tanya ada calon ke tak, buat tak tahu je. Ada calon dah rupanya. Kenapa eh kita tak perasan bang?” ujar Puan Sadiah sambil ketawa geli hati bergabung dengan tawa ahli keluarga yang lain melihat wajah Aishah yang kebingungan.
“Hah? Bercinta? Kahwin? Apa ni mak? Aishah tak paham? Sejak bila Aishah dengan Azmir bercinta? Takde, takde, Azmir, jom kita pergi luar. Nak berbincang jap” ajak Aishah berdiri di hadapan Azmir. Puan Sadiah lantas menarik tangan anak gadisnya, memaksanya duduk di sebelahnya semula.

Pelik pulak Puan Sadiah melihat perangai anak gadisnya yang seperti hilang kesopanan. Tak pernah-pernah Aishah berperangai sebegitu.

“Budak ni. Tak bersopan betul. Kalau ya pun, sabar la. Nanti lepas berbincang kamu pergi dating dengan si Azmir” ketawa Puan Saidah pura-pura cuba cover malu yang dicipta Aishah. Yang lain pun ikut ketawa mendengar kata-kata Puan Sadiah. Aishah hanya menarik muka masam sambil menjeling Azmir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience