Bab 6

Romance Series 7483

BAB 6

Sudah hampir bulan kedua usia perkahwinan mereka, Aishah dan Azmir tetap begitu.
Dingin. Aishah yang memilih untuk menjadi begitu. Tidak dinafikan bahawa memang dia telah jatuh cinta dengan Azmir. Tetapi dia tidak sanggup meluahkannya.

Terasa kerdil dirinya menerima Azmir sebagai suami sedangkan dirinya kotor. Azmir dirasakan begitu baik dengannya.
Segala kemahuannya dilayan oleh Azmir tanpa bebelan, rungutan mahupun ungkitan tentang masa silamnya.
Kepada kedua belah keluarga, Azmir mengumumkan dirinya mengandung.

Dikatakan Aishah bunting pelamin. Semua hanya percaya. Nasib agak menyebelahi Aishah kerana perut Aishah hanya kecil, menyembunyikan rahsia sebenar.
Aishah seringkali ingin membongkar rahsia itu dengan ahli keluarga. Tetapi, masih tiada kekuatan. Aishah bertekad akan membongkar jua rahsia itu suatu hari nanti.

*****
“Aishah! Tunggu!” Aishah berjalan laju menuju ke keretanya. Langkahnya semakin dipercepatkan apabila mendengar suara yang dibencinya semakin mendekati dirinya.
“Hei, lepaslah!” jerit Aishah kepada Huzairie yang erat memegang lengannya.

“Sabarlah. Kenapa dengan sayang ni?” tanya Huzairie lembut. Suara Huzairie yang pernah dipuja dahulu oleh Aishah kini kedengaran menjijikkan. Aishah hanya mendengus sambil meronta-ronta lengannya minta dilepaskan.

“Apa kau nak ni? Lepaslah!Sakit la!” Aishah cuba merentap lengannya tetapi tidak berjaya.
“I just want to talk with you. Just for a while” Huzairie semakin kuat memegang lengan Aishah.

Aishah tiada pilihan selain mengangguk kerana semakin ramai orang melihat adegan tersebut.
Mereka memilih untuk berbicara hal tersebut di restoran KFC.

Panas sudah punggung Aishah duduk bersama dengan Huzairie. Huzairie hanya tenung wajah Aishah sambil tersenyum sinis.

“So, kau nak cakap apa? Kalau nak diam macam ni baik kau berambus. Aku ada banyak kerja nak buat” Aishah memulakan perbualan.

“I nak minta maaf sayang. Jom kita kahwin. I nak bertanggungjawab dengan baby kita” ujar Huzairie perlahan sambil membuka cermin mata hitamnya.

“Huh? Kau gila ke apa? Baby kau? Sejak bila aku mengandungkan baby kau? Sorry sikit eh!” Balas Aishah sarkastik. Sakit hatinya mendengar ayat yang baru keluar dari mulut buaya itu.

“Ye ke? Hari tu you juga yang merayu dengan I suruh bertanggungjawab dengan kandungan you? You tak payah tipu I, Aishah. I tahu sangat anak yang you kandung tu anak I” ucap Huzairie penuh yakin.

“Buang masa cakap dengan orang sakit mental. Kan you pernah mengandungkan ramai anak dara orang, pilih je la yang mana you rasa you nak bertanggungjwab. Antara kita, kosong! Anak ni, anak suami aku. Bukan kau!” Aishah menekankan suaranya lebih tegas.

“Siapa? Si Azmir tu? Baik kau minta cerai dengan dia, lepas tu kita kahwin? Kau tak payah sibuk-sibuk berhutang budi dengan orang. Kita kahwin. I jaga you and anak dalam perut you tu and bakal anak-anak kita” Huzairie tersengih menunjukkan muka gatalnya.

Aishah sudah berasa seram melihat wajah Huzairie. Untuk minta cerai dengan Azmir, memang tak mungkin untuk Aishah. Dia sudah terlalu cintakan Azmir.

“Kau ni memang jantan tak cukup akal kan? Apa kau fikir aku ni dungu ke nak minta cerai dengan suami aku. Dia tu berjuta lebih baik dari kau la buaya” marah Aishah.

“You jangan agungkan sangat husband you tu. I cintakan you. Just come back with me baby. I miss u like crazy”

“Hey, bulu telinga aku boleh gugur dengar you cakap tau tak?! Boleh jalanlah dengan love kau tu. Kalau kau ingat kau boleh goda aku dengan ayat-ayat sampah kau, kirim salam je la. Aku hairan kenapa aku boleh jatuh cinta dengan penyangak macam kau! ” Aishah mula mengangkat kaki untuk beredar.

Semakin lama, semakin panas hatinya. Sebelum dia buat free show bergaduh, baik dia tinggalkan lelaki gila itu dulu.
“Fine. Kau main kasar eh. Kau tak nak tak apa tapi kau jangan menyesal!” tawa Huzairie menghentikan langkah Aishah. Aishah duduk semula di depan Huzairie sambil menjelingnya.

“Apa? Menyesal apa?”
“Tak susah nak buat kau kembali dengan aku. Apa kata kalau aku bagi tahu direct dengan family kau and family laki kau tu. Aku jelaskan betapa mesranya kita atas katil. Kalau kau nak, aku ada bukti”

“Ap.. apaa kau cakap ni?” Peluh mula merenik di wajah Aishah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience