Bab 9

Romance Series 7483

BAB 9

3 tahun kemudian,

“Aishah! Aishah!”

‘Ya Allah, suara itu! Adakah?” Jantung Aishah berdegup semakin kencang mendengar suara yang dirinduinya. Aishah menoleh ke belakang mengharapkan suara itu hanya sekadar igauan.

“Abang!!!” Aishah tergamam melihat wajah yang amat dirinduinya sedang berdiri di hadapannya. Aishah tidak sangka dia akan bertemu dengan Azmir. Di Macau. Rindu kepada Azmir, hanya Allah yang tahu.

“Abang apa khabar?” Azmir hanya merenung tajam ke arah Aishah. Tanpa menjawab soalan Aishah, Azmir menarik kuat tangan Aishah.

“Naik!” Azmir mengarah Aishah untuk masuk ke dalam gondola. Aishah sekadar mengikut arahan suaminya. Hatinya tidak sedap melihat muka Azmir yang keruh tanpa senyuman. Azmir merenung ke wajah Aishah dalam-dalam tanpa senyuman. Aishah yang kekok dengan suasana itu hanya tersengih menayangkan giginya kepada Azmir.

‘Adoi.matilah aku’ cuak Aishah di dalam hati.

“Abang buat apa dekat sini?” Aishah cuba berbasa-basi setelah diam untuk masa yang lama.

“Abang..” Aishah mengaru kepalanya yang tidak gatal. Bingung melihat Azmir yang merenung tajam ke arahnya. Persahabatan yang terjalan sejak umur 21 tahun membuatkan Aishah senang meneka sebab Azmir melihatnya begitu. MARAH. Ya.

“Aishah tahu abang marah. Tapi janganlah diam macam ni. Aishah rela dimarah. Cepatlah” ujar Aishah sambil menutup mata, menunggu saat dirinya dibebel. Lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi. Aishah membuka matanya sambil menyapu pipinya yang dicium Azmir.

‘Cis. Ambil kesempatan pulak laki aku ni’ geramnya di dalam hati. Melihat Azmir yang masih bermasam muka membuatkan dirinya diam. Aishah mengerling ke arah pendayung gondola itu yang sibuk menyanyi. Mungkin dah terbiasa melihat adegan sebegini. Aishah tidak berani berkata apa-apa. Nak marah dengan kelakuan Azmir yang mencium pipinya pun Aishah takut, tengok wajah Azmir bagaikan nak makan orang. Aishah hanya menoleh melihat suasana petang yang mendamaikan jiwa.

“Kenapa lari?” Akhirnya Azmir membuka mulut.

“Tak lari pun. Duduk je” jawab Aishah pantas.

“Ouch!” Aishah terjerit kecil apabila Azmir mencubit pipinya.

“Bukan tu. Maksud abang, kenapa lari dari abang?” soal Azmir geram. Aishah seolah-olah tidak rasa bersalah, sampai masih boleh bergurau.
“Em. Saje” ujar Aishah sambil mengusap pipinya yang merah dicubit Azmir.

“Sebab Huzairie?” Nama yang disebut Azmir mengejutkan Aishah. Aishah tiada cara lain selain daripada mengakui sebab utama dia melarikan diri.
“Em. Ya. Aishah buat pun demi kepentingan kita”

“Kenapa tak berbincang dulu?” soal Azmir. Masih dengan intonasi tadi. Dingin!

“Saje” ujar Aishah selamba.

“Semuanya saje??” geram Azmir.

“Abang dah korbankan diri abang mengahwini Aishah, apa salahnya Aishah korbankan diri Aishah dengan mengundur diri” ulas Aishah.

Memang itu sebabnya. Dia tidak mahu Azmir bersusah payah lagi. Dia cukup terhutang budi dengan Azmir yang menyelamatkan maruahnya.
“Abang langsung tak buat apa-apa. Aishah yang jadi korban sejak dulu lagi” jelas Azmir.

“Huh?” Aishah blur. Azmir menarik dalam nafasnya dan menceritakan semua kejadian termasuk kegilaan Alina terhadapnya, dendam Huzairie terhadapnya sehingga Aishah menjadi mangsa.

“Dah, dah. Jangan nangis lagi sayang” Azmir menenangkan isterinya yang tersedu-sedan. Dia menyeka air mata yang lencun di wajah Aishah.
“Kenapa? Kenapa mesti Aishah?” tangis Aishah. Sungguh tidak adil baginya kerana menjadi mangsa.

“Semuanya salah abang. Salah abang kerana mencintai sayang. Maafkan abang” Aishah menghentikan tangisannya kerana dia seolah-olah menghukum suaminya. Tidak! Abang tak pernah bersalah!
“Huzairie? Sekarang dia still kacau abang?” soal Aishah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience