Bab 1

Romance Series 7483

BAB 1

“Apa yang kau cuba buat ni Aishah?!!” Jerit Azmir sekuat hati mematikan pergerakan Aishah. Pisau yang dipegang Aishah terjatuh di atas lantai. Aishah lantas terduduk dan menangis sambil memeluk lututnya.

“Azmir? Aishah? Kenapa ni? Kenapa terjerit-jerit?” Dilah yang baru tiba di blik itu turut terjerit melihat mata merah milik Azmir dan muka Aishah yang pucat lesi. Melihat pisau yang berdekatan dengan Aishah, membuatkan Dilah lebih cemas. Dia menerpa ke arah Aishah lalu memeluk rakan baiknya yang terketar-ketar ketakutan.

“Kenapa kau cuba kelar pergelangan kau Aishah? Apa masalah kau sampai kau sanggup buat macam tu? Mana kau letak otak kau hah?” marah Azmir lagi sambil merenung tajam ke arah Aishah. Intonasi suaranya masih seperti tadi. Tinggi. Aishah hanya menangis teresak-esak membiarkan soalan Azmir tidak berjawab. Azmir membuang pandang ke luar tingkap. Cuba menenangkan hatinya yang panas. Azmir berasa hairan dengan perangai Aishah. Sudah seminggu langsung tidak keluar rumah.

Nasib baik Dilah memaksanya untuk memujuk Aishah di bilik, Kalau tidak mesti sekarang Aishah sudah pasti membunuh diri.

“Azmir!” jerit Dilah. Azmir terus menoleh ke arah mereka dan dia tergamam melihat Aishah yang terkulai di pangkuan Dilah.

*****
“Tahniah Encik Azmir. Isteri awak disahkan mengandung. Jangan biarkan dia stress. Dia ada high bp. Make sure dia banyak berehat okay?” Kata-kata doktor tadi masih terngiang-ngiang di fikiran Azmir. Azmir meramas-ramas rambutnya, tertekan dengan berita yang diterimanya tadi.

Hatinya semakin sayu melihat Aishah yang sedari masih menangis tanpa henti.
“Kenapa kau selamatkan aku Azmir? Aku tak sanggup hidup lagi! Aku malu dengan diri aku sendiri!” tangis Aishah teresak-esak memecahkan kesunyian.

Rahsia yang disimpan kemas akhirnya terbongkar jua di hadapan rakan-rakan baiknya. Sungguh dia berasa malu dengan mereka.

“Kau jangan salahkan Azmir, Aishah. Dia tu menyelamatkan kau. Baru sekarang kau fikir pasal malu? Sebelum kau buat benda terkutuk tu kau tak terfikir langsung ke?” soal Dilah kesal.

Sebagai rakan rapat Aishah, dia tidak langsung menyangka Aishah akan melanggar hukum agama.
“Aku tak minta semua ni berlaku, Dilah. Aku masih dapat bezakan baik dan buruk.

Semua ni gara-gara Huzairie. Huzairie yang paksa aku. Dia letak pil dalam minuman. Sedar-sedar je aku dah hilang kesucian aku. Aku dah syak aku mengandung bila aku lewat period. Bila dah mengandung, aku suruh dia bertanggungjawab, dia tak nak. Dia cakap aku perempuan kotor, tak layak dijadikan isteri” ngogoi Aishah.

‘Huzairie’. Sebaris nama itu menaikkan kembali suhu kemarahan Azmir.

Teman lelaki Aishah yang dari dulu lagi Azmir dan Dilah tidak pernah berkenan gara-gara perangai buaya darat yang agak keterlaluan sehingga merosakkan anak dara orang lain. Dan kini menjerat Aishah.
“Huzairie? Aku dah cakap jangan bergaul dengan dia! Dia tu jantan tak guna. Dia buntingkan anak orang pun dia buat bodoh, inikan kau, perempuan naif!

Aku dah berjuta kali bagi tahu kau jangan percaya dengan jantan tu. Kenapa kau degil sangat?” bebel Dila sambil mengoncang-goncang kuat bahu Aishah.

Hatinya sakit bercampur geram dengan Aishah yang sewenang-wenang percaya dengan lelaki itu sedangkan sudah berbuih mulut dia dan Azmir menasihatinya. Aishah hanya tunduk menerima amukan Dilah. Aishah sedar tiada gunanya dia membela diri. Memang dia yang degil dulu kerana menyayangi Huzairie!

“Sudahlah tu Dilah. Benda nak jadi. Jangan kusutkan keadaan.
Kau jerit macam mana pun tak akan mengubah keadaan. Nasi dah jadi bubur. Just keep this as secret okay? Rahsia ini antara kita bertiga je.” ujar Azmir menutup perbualan.

Dilah hanya menganggukkan kepala sambil mengelap air matanya dengan lengan baju kurungnya.

“Aishah, kau rehat je. Jangan fikirkan sangat. Jangan nak buat benda macam tu lagi.

Kau ingat kalau kau bunuh diri, semua benda akan selesai ke? Dah tak ingat mak dengan abah kat kampung?” nasihat Azmir.
Melihat mata Aishah yang berkaca, Azmir terus mendiamkan diri.
“Dilah. Kau jaga dia. Aku ada urusan kejap” ujar Azmir sambil berlalu keluar meninggalkan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience