Bab 3

Romance Series 7483

BAB 3

Azmir hanya tayang muka selamba dengan Aishah, seolah-olah apa yang dicanangkan oleh ibu bapanya adalah benar.

“Kalau boleh, dalam dua minggu lagi kami nak kahwin makcik, pakcik.” bicara Azmir tiba-tiba menghentikan ketawa semua orang.

Encik Kamal dan Puan Saidah terkejut mendengar butir bicara bakal menantunya. Bahkan Encik Saifuddin dan Puan Maria yang sedang minum kopi tersedak mendengar butir bicara anak tunggalnya. Aishah terasa dirinya semakin panas.

“Azmir tak bincang pun dengan mummy dengan daddy. Sempat ke? Minggu depan je nak buat persiapan. Apa yang Azmir tergesa-gesa ni?” ucap Puan Maria perlahan. Sangkanya Azmir sekadar merisik, tidak sangka akan menyunting anak dara orang sebegitu cepat!

” Azmir tak nak bertangguh mummy. Lagipun dua minggu lepas tu, nak pergi Sarawak untuk dua bulan, jenguk projek company kita kat sana. Alang-alang boleh honeymoon dengan Aishah ni. Kan lambat-lambat, Azmir tak sanggup nak menanggung rindu ma! Lagipun kalau cepat lagi baguslah. Kan mama jugak yang tak sabar menimang cucu.” jelas Azmir seselamba badak sambil mengunyah jemput-jemput.

Puan Maria pula ketawa pura-pura untuk cover malu sambil menepuk-nepuk bahu Azmir agak kuat. Puan Sadiah dan Encik Kamal terlopong mendengar alasan yang mengejutkan dari bakal menantu mereka.
“Eh. Cop-cop. Aishah tak faham apa-apa. Azmir, apa kau merepek ni? Wayar otak kau terputus ke? Sejak bila kita berkasih sayang ni? Geli aku weh!” soal Aishah tidak puas hati. Mukanya sudah merah menahan malu.
Tidak sangka Azmir boleh membuat drama depan keluarganya. Sudahlah masalah dia yang sedang berbadan dua membebankan otaknya, kini

Azmir bagaikan menghempap otaknya dengan masalah nak kahwin.
“Aisah, toksah malu-malu la. Aunty pun berkenan sangat bila Azmir nak kahwin dengan Aishah. Aunty faham Aishah tak nak kahwin awal sebab nak fokus dengan kerjaya kan? Azmir dah jelaskan semuanya. ”

“tapi…”

“Baiklah kalau macam tu. Kami setuju sahaja. Benda baik tak baik dilengahkan. Aishah, kahwin je. Tak baik berkawan lama sangat.” Aishah lantas terdiam mendengar kata-kata abahnya yang memotong percakapannya.

‘Aduh’ Aishah berasa merana di jiwa mendengar kata putus abahnya itu. Kalau abah yang cakap, tak ada makna nak melawan.

‘Tapi aku TAK NAK!!!!’ protes Aishah di dalam hati. Melihat semua senyap membuatkan Aishah semakin bersemangat untuk memprotes.

“Aishah tak nak!!! Azmir!!! Mak! Abah! Aishah tak faham lah!!”Aishah menjerit kegeraman sambil menghentak-hentak kakinya. Semuanya ketawa melihat keletah Aishah seolah-olah terhibur dengan Aishah yang kononnya malu nak mengaku bercinta dengan Azmir, Azmir pula tersengih macam tak sabar-sabar nak kahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience