BAB 7

Romance Completed 6270

Zamir menolah daun pintu bilik tidurnya perlahan-lahan. Kepalanya dijengulkan ke dalam dan matanya meliar mencari kelibat isterinya. Jumpa. Isterinya sedang berteleku di tikar sejadah. Sayu hatinya mendengar alunan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh Fida. Sesekali suara isterinya kedengan sebak dan tersekat-sekat. Fida menangis! Hati Zamir tersayat lagi.

Perlahan-lahan dia menghampiri isterinya itu. Bahu Fida disentuh lembut. Zamir duduk menghadap isterinya. Fida akur. Kitab suci itu di tutup perlahan lalu di kucup. Telekung yang tersarung di kelapanya ditangalkan perlahan. Zamir hanya memerhati. Matanya juga singgah ke bibir mungil itu yang kelihatan sedikit bengkak di bahagian tepi.

“Fida.. Abang minta maaf. Abang tak berniat..”Kata-kata Zamir terhenti bila jari-jemari Fida menahan bibirnya untuk berkata-kata.

“Fida tahu abang tak pernah berniat nak menyakiti Fida. Cuma Fida kesal kenapa selama ini abang tak pernah nak berterus-terang sedangkan bukan sehari dua abang kenal Fida.”Ujar Fida perlahan. Air matanya bergenang.

“Sayang…” Zamir cuba memujuk.

“Sayang? Dah lama Fida tak dengar abang panggil Fida macam tu.” Fida mengukir senyum namun hambar.

“Fida sayang… Abang betul-betul minta maaf. Abang tak sanggup. Abang cuma.. Entahlah Fida. Abang pun tak tahu nak cakap macam mana. I’m sorry sayang.” Zamair menunduk. Tidak sanggup menatap wajah isterinya yang dirundung duka.

“Abang… Kalau abang rasa sedih dan sunyi sebab kita belum ada anak.. Fida 10 kali ganda rasa macam tu abang. Malah Fida tak pernah berhenti berdoa. Ini dugaan untuk kita. Tapi Fida tak sangka abang…” Kata-kata Fida terhenti di situ. Air matanya menitis lagi.

“Fida sayang… Abang..abang cuma..” Zamir kehilangan kata. Terasa bersalah kian menebal di lubuk hatinya.

“Maafkan abang ya sayang.. Abang janji abang takkan sembunyikan apa-apa lagi. Abang janji sayanglah yang pertama dan terakhir dalam hidup abang.” Bersungguh-sungguh Zamir cuba memujuk isterinya. Fida pula hanya berdiam diri. Hatinya sayu.

“Leave me alone. I just want to be alone..” Fida lantas bangun meninggalkan suaminya yang masih menggenggam erat tangannya.

“No and never!” Zamir tidak langsung melepaskan Fida malah dia pantas menarik Fida ke dalam pelukkannya.

“Lepaskan Fida… ” Fida cuba melepaskan diri dari pelukan erat suaminya.

“Tak..tak.. abang takkan lepaskan Fida. Abang sayangkan Fida. Maafkan abang sayang.” Pelukan Zamir makin erat terasa.

“Lepas la.. Fida nak pergi bilik air. Takkan itu pun tak boleh.”Selamba saja Fida membalas. Tiada langsung riak di wajahnya. Tetapi di hatinya masih berbekas rasa pedih.

“Eheh. Kenapa tak cakap nak pergi bilik air. Abang nak ikut jugaklah.”Zamir tersengih nakal.

“Gatal.” Balas Fida lantas dia bangun meninggalkan suaminya dengan secebis senyuman.

“Gatal dengan sayang aje.” Jerit Zamir dari kuat bila Fida sudah menutup pintu bilik air

Zamir kembali tersenyum meskipun hatinya sedikit gusar. Fida sememangnya seorang isteri yang baik tapi kita dia tahu bahawa dia benar-benar telah melukakan hati isterinya.

‘Argh! Maafkan abang sayang.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience