BAB 2

Romance Completed 6416

“Sayang! Kenapa ni? Sayang muntah-muntah dari tadi? Tak sihat ke?” Zamir cemas bila melihat raut isterinya yang pucat lesi keluar dari bilik air. Sudah tiga kali isterinya berulang-alik ke tandas kerana loya.

“Tak tahu bang. Nak demam je rasa.” Lemah Fida membalas pertanyaan suaminya.

“Abang bawak sayang pergi klinik ya?” Pantas Zamir membuat keputusan. Hatinya tiba-tiba terdetik akan sesuatu. Fida mengandung? Senyumannya melakar serta merta.

“Abang senyum-senyum ni dah kenapa? Fida tunggu kat sini la abang tolong ambil tudung Fida kat atas ye. Dengan handbag sekali.” Fida pantas merebahkan badannya di sofa.

“Yelah. Sayang tunggu sekejap ya. Abang naik atas.” Balas Zamir lalu berlari meninggalkan isterinya yang kelesuan. Di hatinya sudah berbunga-bunga. Terbayangkan wajah Fida yang sarat mengandung.

“Sayang! Bangun… Larat bangun tak ni? Nak abang dukung?” Zamir mengejutkan isterinya yang kelihatan lemah. Kepala isterinya dikucup dan diusap lembut.

Fida membuka matanya. Wajah suaminya yang dekat direnung dalam. Terasa kasihnya begitu mendalam ditambah lagi dengan keprihatinan suaminya.

“Fida boleh lagi la bang.”Ujar Fida sambil bangun dan menyarungkan tudung yang diberikan oleh suaminya. Perlahan-lahan dia bangun sambil dipimpin oleh suaminya.

Setibanya di klinik, mereka tidak menunggu lama kerana kebetulan tiada pesakit yang menanti. Fida dan Zamir terus dibawak ke bilik doktor untuk pemeriksaan.

“Puan Fida cuma demam biasa. Tiada apa yang serius. Encik Zamir cuma perlu pastikan isteri encik banyakkan berehat dan banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi.” Terang doktor wanita itu.

“Itu saja ke doktor? Bukan sebab isteri saya mengandung?” Zamir pantas menyoal. Hatinya bagaikan tersiat. Impiannya tadi musnah serta-merta.

“Mengikut pemeriksaan saya, Puan Fida tak mengandung. Dia cuma demam biasa sahaja Encik.” Doktor itu membalas dengan senyuman.

“Oh. terima kasih doktor. Jom sayang.” Zamir hanya memberikan senyuman sekilas pada doktor tersebut. Tangan isterinya dipimpin keluar dari bilik doktor itu. Hatinya sayu namun tidak terus ditunjukkan pada Fida yang kelihatan masih lemah.

“Abang…” Seru FIda lemah.

“Ya sayang.” Zamir menyahut.

“Ambil ubat kat kaunter farmasi tu. Diorang dah panggil nama Fida.” Ujar Fida.

Zamir pantas bangun dan melangsaikan pembayaran ubat dikaunter farmasi klinik. Selesai urusan dikaunter dia berlalu menuju ke arah isterinya lalu memimpin ke keluar menuju ke keretanya. Zamir diam sepanjang perjalanan pulang hinggalah malam hari. Hanya tingkahnya sahaja yang ligat menyediakan makanan untuk isterinya yang masih demam. Fida tidak menydari perubahan Zamir hanya mendiamkan diri dan berehat.

Sejak dari peristiwa tersebut, Zamir berubah menjadi seorang yang pendiam bila bersama Fida. Dan sejak seminggu lalu dia sering mengelak dari bersemuka dengan isterinya. Hatinya seakan-akan luka sendiri kerana sehingga kini dia masih belum bergelar bapa walaupun sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga besama Fida.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience