BAB 11

Romance Completed 6270

Suasana lenggang di bahagian kecemasan hospital KPJ tidak langsung menenangkan diri dirinya. Mindanya masih terlakar wajah pucat isterinya.

“Ya Allah.. Apa yang terjadi sebenarnya?” Zamir merintih sendirian. Raut wajahnya kelihatan kusut sekali.

“En Zamir?” Sapa seorang jururawat.

“Ya saya. Isteri saya macam mana?” Pantas Zamir menyoal.

“Sabar Encik. Isteri Encik masih dalam pemerhatian tapi doktor ingin berjumpa dengan Encik Zamir. Sila ikt saya.” Ujar jururawat itu. Zamir akur walaupun hatinya meronta-ronta untuk melihat keadaan isterinya.

‘Ya Allah.. selamatkanlah isteri dan anakku.’ Doa Zamir di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience