BAB 1

Romance Completed 6270

“Segala mimpi dan Impian itu seperti sayap. Dia membawamu pergi ke berbagai tempat adakalanya ke tempat-tempat penuh adventure yang kau sama sekali tidak jangkakan. Jika kau terus-terusan mencegah mimpi mu itu jadi realiti, itu sama aja dengan memotong sayap burung. Burung tersebut memang takkan terbang apatah lagi berlari. Sudah pasti burung tanpa sayap sudah bukan burung lagi. Dan manusia tanpa mimpi, sudah bukan manusia lagi. Jadi, cari pelihara sayap mu, hargai dan kembaralah dengannya”.

**

Fida resah di pembaringannya. Matanya sekali sekala melirik ke arah jam di dinding. Sudah pukul 1.25 pagi. Hatinya resah menanti kepulangan suaminya.

‘Mana abang ni… Dah seminggu macam ni. Sibuk sangat ker? Call pun tak dapat.’ Fida mengomel sendirian. Hatinya makin gelisah. Pelbagai andaian bermain di fikirannya.

‘Ya Allah.. Janganlah sesuatu yang buruk terjadi kepada suamiku.’Doa Fida di dalam hati.

‘Ah.. Mudah sungguh syaitan menguasai hati. Ada baiknya aku solat ke mengaji ke sambil tunggu abang. Semalam aku tertidur baik malam ni aku manfaatkan masa yang ada. Takdelah nanti abang frust tengok aku tak tunggu dia.’ Pantas dia meninggalkan pembaringan dan menuju ke bilik air untuk berwuduk.

Zamir masih berteleku di dalam kereta. Jam di dashboard menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Sudah seminggu dia pulang lewat malam dan keluar di awal pagi. Langsung dia tidak menghiraukan pertanyaan isterinya Fida yang hairan dengan tingkahnya kini. Wajahnya diraup kasar. Dia mendongak ke atas. Pandangannya menghala ke arah bilik tidurnya yang masih terang.

“Aik? Tak tidur lagi ke dia? Sebelum ni aku balik dah tidur.” Zamir pantas keluar dari keretanya tetapi dia tidak terus masuk ke rumah. Zamir mengambil keputusan untuk mengambil angin di taman mini buatan isterinya terlebih dahulu.

Angin malam yang sejuk dan mendamaikan seolah-olah membuai perasaannya yang gundah. Deruan air terjun buatan menenangkan perasaannya. Zamir mendongak ke dada langit mencari bintang-bintang. Tiada. Hanya kelam malam yang kelihatan. Kakinya dilunjurkan di kerusi kayu yang sedikit lembap akibat embun. Matanya dipejamkan seketika. Tenang. Fikirannya mula melayang pada peristiwa sebulan lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience