BAB 14

Romance Completed 6270

“Sayang…” Zamir menegur Fida yang termenung di tepi jendela hospital. Sudah 3 hari keadaanya begitu. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibir insan yang begitu istimewa di hatinya.

Zamir sedar bahawa Fida begitu kecewa bila doktor mengesahkan bahawa anak yang dikandungnya selama 4 minggu terpaksa digugurkan kerana membahayakan nyawanya. Bukan itu sahaja, pembedahan itu turut meragut sebelah fallopionya yang hanya memberikan peluang 50% untuk dia mengandung lagi. Sejak melihat Fida diusung keluar dari dewan bedah, Zamir bertekad untuk tidak mengungkit soal anak. Padanya biarlah urusan itu ditentukan oleh Yang Maha Esa. Namun untuk ‘kehilangan’ isterinya buat kali kedua dia tida sanggup. Serik untuk melihat Fida tersiksa sedemikian.

“Anak kita dah tak de bang.” Akhirnya Fida bersuara. Namun hanya kekesalan yang terbit dari bibirnya.

“Sayang… Kita masih ada peluang lagi. Abang tak sanggup kehilangan sayang.” Pujuk Zamir sambil mencium ubun-ubun isterinya. Wajah itu diusap. Senyuman manis dihadiahkan buat si isteri yang sedang berduka.

“Tapi kita dah tunggu lama ab..”Kata-kata Fida terhenti bila bibir mungil itu dikucup lembut oleh Zamir.

“Please dear. Yang lepas biarkan berlalu. Abang nak mulakan hidup baru dengan sayang lepas ni. Abang yakin dengan ketentuan Allah. Kita kena tabah sayang. Ini ujian Allah. Abang redha dan abang tak mampu nak tengok penderitaan sayang semata-mata untuk bahagiakan abang.” Zamir cuba meyakinkan isterinya. Dipeluk erat tubuh itu. Fida hanya mampu menangis dalam pelukan suaminya.

“I love you sayang.” Sekali lagi Zamir menghadiahkan kucupan mesra di ubun-ubun isterinya. Mengharapkan agar Fida kembali tenang.

Fida hanya terdiam. Namun melihatkan kesungguhan dan kasih-sayang suaminya. Fida mula menerima kenyataan.

“Sayang… Kalau diakdirkan kita takde anak sendiri kita ambil anak angkat nak tak? Kalau sayang setuju la. Abang tak paksa. Abang cuma nak sayang bahagia saja.”Cadangan Zamir membuatkan Fida tersenyum.

“Setuju!” Pantas Fida memeluk dan mengucup kedua-dua belah pipi suaminya. Zamir hanya mampu tersengih melihat kelakuan isterinya.

“Uiks. Cepat bebenor happy ye?” Zamir faham benar naluri keibuan Fida yang sangat sukakan budak-budak. Pelukan si isteri di balas.

“Alaa.. tadi abang yang offer. Sekarang nak mengungkit la?” Fida pura-pura merajuk. Hatinya seakan-akan digeletek melihat wajah cemas suaminya.

“Eh! Mana ade… Abang gurau la sayang.. Please..please.. senyum la sikit.. Baru cepat baik. Hehe” Zamir cuba memujuk.

“Yealah. Eh bang bila Fida boleh keluar ni?”

“Abang lupa nak tanya Miza semalam. Kenapa? Tak sabar nak balik rumah ke?” Pancing Zamir yang cuba melihat reaksi Fida.

“Mestilah! Dah lama rasanya Fida tinggalkan home sweet home kita tu. Hehe.” Ujar Fida sambil mencubit pipi suaminya. Zamir hanya tersenyum. Bahagia.

“Sayang.. Abang tak boleh bayangkan kalau sayang takde. Masa sayang sakit hari tu pun abang macam nak putus nyawa tengok. Please..Don’t leave me my dear” Zamir teringatkan kembali peristiwa yang mendebarkan itu. Dikucup lembut tangan Fida tanda kasih.

“I love you abang. Fida cuma nak abang bahagia dengan Fida tapi Fida tak boleh lawan kuasa Allah. Dia hanya berikan kesempatan untuk Fida merasa kenikmatan mengandung itu selama 4 minggu. Walaupun sekejap tapi Fida bersyukur bang.” Fida mula sebak. Namun tangisannya hilang dalam pelukan erat suaminya.

“Its okay sayang. Dah la kita buka buku baru ya sayang?” Zamir cuba untuk menerima hakikat yang telah tersurat. Isterinya kini kepentingannya.

“Baiklah bos!” Gurau Fida. Namun disambut dengan cubitan dipipinya. Bahagia seakan-akan mengusir duka yang singgah di hati mereka berdua.

Kini mereka saling mencuba untuk menjadi yang terbaik. Ada waktunya kesedihan datang menerjah mengenangkan bibit cinta yang hidup dalam rahimnya hanya singgah seketika cuma namun dia perlu redha. Dia percaya pada rezeki Allah. Apa yang paling penting kini dia disirami dengan rasa kasih sayang dari suaminya dan itu sudah cukup menjadi sayap kekuatan untuk dia menjalani hari yang mendatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience