BAB 12

Romance Completed 6270

Zamir merenung sayu wajah Fida yang pucat lesi, terbaring di atas katil. Hatinya bagaikan tersiat-siat mendengar penerangan Amiza sebentar tadi. Dia juga tak menyangka rakan sekelasnya, Amiza kini telah bergelar doktor sakit puan di hospital itu.

“Aku harap kau tabah dengan berita yang aku nak sampaikan.” Amiza memandang tepat wajah cemas Zamir.

“What’s wrong with her? Tell me!”Zamir tidak mampu bersabar lagi.

“Sabar Mir. Aku harap kau tabah. Fida sekarang dalam keadaan kritikal. Kandungannya boleh meragut nyawanya sekarang Mir.” Amiza tenang memulakan penerangan.

“What do you mean??”Riak Zamir makin cemas.

“Isteri kau mengandung di luar rahim. Means, ia satu komplikasi kehamilan di mana implantasi atau penyematan sesuatu kandungan itu berlaku di luar rahim. Kalau dari istilah perubatan kandungan luar rahim ni dipanggil kehamilan ektopik.” Amiza berhenti seketika bila melihat wajah mendung Zamir.

“Sampai boleh bawa maut?”Soal Zamir.

“Ya Mir. But luckily kita dapat kesan awal dan Fida baru 4 minggu hamil.”

“Aku tak faham Miza…”Lemah saja kedengaran suara Zamir. Sukar untuk dia menerima hakikat itu.

“Untuk pengetahuan kau, tiub fallopio iaitu tiub yang membawa telur dari ovari ke rahim merupakan tempat yang paling kerap berlaku kandungan luar rahim iaitu sekitar 98%. Kandungan luar rahim ni juga boleh berlaku di ovari, ligamen luas, kadang-kala dekat ruang abdomen dan serviks yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan vagina. Then, pendarahan dalaman boleh terjadi jika tiub pecah dan mengakibatkan sakit abdomen yang amat sangat. Seperti apa yang berlaku pada Fida sekarang.” Panjang lebar penerangan Amiza.

Zamir meraup wajahnya. Dia tersandar lesu di kerusi itu. Terbayang wajah Fida yang kerap muntah-muntah dan sakit perut sejak seminggu lalu.

‘Kasihannya isteriku Ya Allah.’Rintih hati Zamir.

“Mir… Sabarlah ini dugaan Allah untuk kau.” Amiza cuba memujuk.

“Kami tunggu baby ni dah 3 tahun Miza dan tiba-tiba aku akan kehilangan anak ini. Fida pula tengah kritikal!”Zamir mula hilang kawalan emosi.

“Mir.. Kau jangan lupa dengan qada dan qadar Allah. Dan kau jangan salahkan Fida pula sebab bukan ini yang dia mahu Mir. Kau juga pasti tak nak isteri kau terlantar macam tu. She needs you support Mir!”Ujar Miza panjang lebar.

“I’m sorry Miza. Aku cuma.. Argh!” Spontan Zamir menumbuk meja di hadapannya.

“Mir..Istigfar banyak-banyak. Ramai lagi yang teruk dari kau. Ada yang sampai 10 tahun menanti. Pokok pangkalnya iman Mir. Yang penting sekarang ialah Fida. Dalam keadaan dia macam ni, dia sangat lemah untuk terima kenyataan ini Mir. Dia perlukan kau.” Amiza cuba memberikan semangat pada Zamir.

“Thanks Miza. So, what the next step?” Zamir mula menunjukkan reaksi positif.

“You’re welcome. Okay. For your imformation, kebanyakkan kes kita akan cuba menghentikan pendarahan dan kalau pesakit tu dalam keadaan renjatan, kita akan lakukan laparotomi secepat mungkin. Dan sekarang ni keutamaannya adalah untuk memberhentikan pendarahan dan biasanya sebahaian daripada tiub fallopio tersebut akan dibuang yakni dikenali sebagai salpingektomi separa. Manakala bagi kandungan di tiub yang kecil dan belum pecah, pembedahan salpingostomi boleh dilakukan yang mana janin dan uri boleh dikeluarkan tanpa membuang tiub fallopio berkenaan.” Amiza menghuraikan situasi sebenar dengan panjang lebar. Zamir kelihatan tekun mendengar penjelasan dari teman lamanya itu.

“So, bila dah operate ni ada lagi ke chances untuk Fida pregnant next time?” Soal Zamir.

“Ada. But its depends on the report yang akan keluar kejap lagi.” Amiza cuba memberikan kata-kata perangsang kepada Zamir yang mula kelihatan sugul.

“Mir.. Banyakkan bersabar. Sekarang ni fokus pada Fida ya? Dugaan Allah adalah untuk menguji iman hamba-Nya Mir.”Ujar Amiza. Zamir hanya mengangguk lemah lalu meminta diri untuk melihat keadaan isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience