BAB 5

Romance Completed 6270

Seketika kemudian, kedengaran pintu bilik air dikuak. Almari baju turut dihempas-hempas. Zamir seolah-olah protest dalam diam. Fida hanya membatukan diri di pembaringan. Hatinya kian sayu. Tangannya erat menekup mulutnya agar esakan tidak kedengaran. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya lemah di mata suaminya.

Seperti hari-hari sebelumnya, Fida tidur sendirian. Zamir hanya menganbil bantal dan berlalu keluar dari bilik.Pintu bilik dihempas lagi. Kuat dan serentak dengan itu air mata Fida berjujuran jatuh.

‘Abang…’ Rintih hatinya.

Ruang tamu di rumah itu yang dulunya ceria dan sentiasa tenang kini bagaikan di medan perang. Baik Zamir mahu pun Fida kedua-duanya kelihatan tegang sekali. Zamir dengan sikapnya yang memendam perasaan. Fida dengan seribu satu persolaan yang menuntut jawapan daripada suaminya, Zamir.

“Sampai bila abang nak bersikap macam ni? Abang tau tak Fida tak tenang? Abang suka ke rumah tangga kita macam ni? Apa masalah abang sekarang ni?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Fida.

“Masalahnya adalah awak!” Zamir mula menengking. Tidak senang bila disoal bertubi-tubi begitu. Hatinya mudah panas sejak kebelakangan ini.

“Fida? Tolonglah abang.. Jangan nak buat Fida berteka teki macam ni. Berterus-terang sajalah.” Fida kembali mengendurkan suaranya yang tegang sebentar tadi. Matanya redup memandang si suami yang sedikit pun tidak memandang ke arahnya.

Zamir mendengus kasar. Hatinya berbelah bahagi untuk menyuarakan apa yang terpendam di hatinya. Separuh hatinya melonjak-lonjak ingin berterus-terang manakala separuh lagi tidak sanggup. Akhirnya Zamir hanya berlalu meninggalkan Fida sendirian lagi. Buat masa ini, dia ingin bersendirian.

Fida hanya kaku memandang suaminya yang berlalu naik ke atas. Sekali lagi hatinya tersayat dengan perbuatan si suami. Ingin sekali rasanya dia menjerit sekuat hati melepaskan rasa hati yang sarat dengan persoalan. Tiga tahun bergelar isteri, inilah kali pertama dia merasa perit menjalani hidup sebagai isteri. Fida ligat berfikir mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience