BAB 4

Romance Completed 6270

Hari demi hari Zamir makin berubah. Fida juga semakin gudah gelana melihat tingkah si suami. Puas diajak berbincang tetapi tiada jalan penyelesaian. Zamir hanya mengangkut conforter dan bantal tidur di luar manakala Fida di dalam bilik hanya berendam air mata.

“Haaa… Pukul 3 pagi pun tak balik lagi. Makin ‘cemerlang’ achivement abang nih. Tak boleh jadi ni. Takkan aku nak menangis aje kot. Sampai bila dia nak lari ke selatan aku nak stay kat utara! Haish!” Fida merungut sendirian. Otaknya ligat berfikir bagaimana untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

“Yesss! Idea dah datang! Bagus otak Cik Fida ni. Mari kita belajar menundukkan suami dengan cara berhemah! Hehe.” Fida bingkas bangun lalu menuju ke almari pakaian. Sehelai baju tidur yang cukup seksi berwarna merah pekat dicapai. Wajahnya dirias dan rambutnya disangulkan. Sedikit rambut dibiarkan terjuntai di dahi bagi menghasilkan impak menggoda. Perfume hadiah dari suaminya di oleh ke leher dan pergelangan tangan.

“Siap! Pastikan perfect night malam ni.” Fida tersenyum di hadapan cermin. Bunyi alarm kereta yang kedengaran tiba-tiba mematikan senyumam Fida.

“Alamak! Dah balik pulak. Apesal tak dengar pulak tadi.” Fida mengomel lalu bingkas dia bangun mengemaskan diri dan berlalu keluar dari bilik untuk menyambut suaminya. Dengan lafaz bismillah, Fida melangkah turun ke ruang tamu. Kelibat suaminya kelihatan tersadai lesu di sofa dengan tangan kanannya melekap ke dahi.

Fida tidak terus menuju ke arah suaminya tetapi dia segera ke dapur mengambil segelas air sejuk. Lantas dibawa ke depan dan diletakkan perlahan ke di atas meja kecil di depan sofa.

“Abang…”Tegur Fida perlahan. Namun tiada riak. Fida menarik tangan kanan suaminya yang melekap di dahi. Di kucup syahdu lalu dielus lembut. Zamir membuka mata lalu terpaku melihat Fida. Tenang tetapi menggoda.

Tiada kata yang keluar dari bibir Zamir. Fida terasa tangan itu cuba melepaskan. Tambah terkedu bila Zamir bingkas bangun meninggalkannya. Pantas tangan Zamir direntap hingga Zamir kembali terduduk di sofa. Wajah Zamir berubah riak. Terjut barangkali dengan tingkah isterinya yang berubah agresif.

“Apahal awak ni?!” Zamir mendengus geram.

“Abang tu apahal?” Fida membalas. Suaranya seakan-akan ditahan.

“Huh. Dah tengah malam. Saya nak tidur ni.” Zamir mendengus keras. Hatinya seolah-olah tidak terkean dengan kehadiran isterinya yang seakan-akan cuba menggoda.

“Tak payah nak bagi alasan. Bukannya abang nak tidur lagi pun.” Sekali lagi Fida menarik Zamir yang cuba bangun meninggalkan dirinya. Zamir yang terduduk ditarik menghadap wajahnya.

“Apa masalah abang ni? Fidah dah tak tahan nak berteka-teki. Bila tanya abang diam. Bila nak berbincang abang melenting. Lepas tu merajuk tidur kat luar.” Fida mula meluahkan kata. Zamir hanya diam. Wajahnya sahaja yang berubah riak.

“Saya nak tidur.” Tanpa menunggu lama Zamir berlalu meninggalkan Fida yang tergamam.

“Abang..!” Pekikan Fida yang bergema itu tidak dihiraukan. Zamir terus berlalu menuju ke bilik dan mencapai tuala di penyidai lalu mengurungkan diri di dalam bilik air. Terus dia membuka shower dan membiarkan air mencurah ke badannya. Meredakan hatinya yang panas tiba-tiba.

“Abang..!” Ketukakan bertalu-talu di pintu bilik air dibiarkan sahaja. Zamir seoalh-olah hanyut dengan dunianya. Akhirnya ketukan itu senyap sendiri. Zamir pasti isterinya itu pasti merajuk.

“Argh!!” Zamir melepaskan rasa terbuku di hatinya.

Fida yang masih berdiri di hadapan bilik air terkejut mendengar jeritan suaminya. Bibirnya hanya mampu beristigfar mendengar jeritan suaminya. Air matanya laju merembes keluar. Sayu.

“Apa salah Fida bang… Kenapa abang berubah begini.” Fida merintih sayu. Dia menuju ke katil latas merebahkan dirinya. Hatinya cukup hiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience