BAB 9

Romance Completed 6270

Zamir mematikan langkah di hadapan pintu rumahnya. Ruang tamu yang gelap gelita menimbulkan persoalan dibenanknya.

“Eh? Kereta ada, apesal rumah gelap semacam aje? Rumah lain ada je elektrik. Dah tidur ke bini aku ni? Baru pukul 8 malam.” Zamir mengomel sendirian.

Zamir terus melangkah menuju ke tangga. Tidak sabar untuk bertemu si isteri yang berkelakuan pelik sepanjang hari. Mana tidaknya, seharian hati ini dia mendapat sms romantik dari si isteri. Walaupun gembira, namun hatinya terdetik rasa ingin tahu.

Pintu bilik dikuak perlahan. Sengaja dia meminimumkan bunyi pergerakannya. Matanya meliar mencari kelibat si isteri namun hampa. Isterinya tiada di situ. Zamir memusingkan badan untuk melangkah ke bilik kerjanya. Barangkali Fida ada di situ.

“Hah!” Sergahan kuat dan nyaring mengejutkan Zamir. Terkedu dia seketika memandang isterinya yang ketawa tak henti-henti.

‘Cis.. Nak gugur jantung aku terkejut dia boleh gelak sakan pulak.’ Zamir mengomel sendiran di dalam hati. Sengaja dia memberikan riak wajah serius.

Fida gugup. Tergagap-gagap dia cuba menegur Zamir

“Er..abang sorry.. Fida saje je nak main-main.”

Sepi. Zamir hanya mendiamkan diri dan melangkah masuk ke bilik tidur mereka. Fida hanya membututi suaminya dengan rasa bersalah.

“Abang.. Fida.. Fida minta maaf.” Suara Fida yang tersekat-sekat seakan-akan menggeletek tangkai hatinya. Zamir menahan ketawa. Sengaja dia berpaling membelakangkan Fida. Tetapi taktiknya tidak menjadi kerana Fida terlebih dahulu mengesan tindaknya.

“Ni apesal bahu abang terhinggut-hinggut ni? Abang ketawa?? Cess! Mati-mati kita ni ingat dia marah giler. Huh. Dah pandai belakon la yea.. ” Balas Fida sambil memukul-mukul tubuh Zamir dengan bantal kecil di katil.

“Sayang…sayang.. Oh stop it. Please.. Ish dah macam WWF dah ni.” Zamir tidak mendiam diri tetapi membalas serangan terhadap isterinya. Tangan isterinya yang ligat memukul tubuhnya digenggam erat manakala tangan kirinya menggeletek tubuh isterinya.

“Abang..! Ye ye Fida surrender! Bendera putih..bendera putih.. Fida masih agresif meronta tetapi perlakuannya terhenti serta-merta bila dia teringatkan sesuatu.

“Abang! Stop it… oh stop it. Baby!” Jeritan Fida membuatkan pergerakan Zamir terhenti.

“Baby?”

“Oh.. kesian baby kita nanti sakit.” Fida tersengih-segih. Tangan Zamir ditarik lalu dilekapkan di perutnya. Zamir tergamam.

“Sayang… Betul ke?”

“Yes my dear.. Abang akan jadi papa tak laman lagi.” Fida mengucup jari jemari Zamir lalu digenggam erat.

Zamir spontan menarik Fida dalam pelukkannya. Lantas ucapan syukur terpacul di bibirnya.

“Alhamdulilah.. Akhirnya termakbul juga impian kita sayang.”

Fida hanya tersenyum memerhatikan gelagat suaminya yang masih terkejut. Air mata bergenang di kelopak matanya. Dia benar-benar terharu dan bersyukur setelah bertahun-tahun menanti akhirnya saat itu tiba jua.

“Ye bang.. Syukur alhamdulilah. Abang pergilah mandi dulu nanti kita makan ya. Fida dah siapkan makan malam ni.” Ujar Fida sambil menanggalkan butang baju kemaja suaminya.

“Yelah sayang. Eh nanti! Sayang tunggu abang kat sini. Biar abang yang hidangkan. Sayang duduk diam-diam ya. Ahaa.. takde bantahan. Muktamad.” Zamir membalas tegas bila Fida cuba membantah kata-katanya.

“Yelah.. Cepatlah mandi. Fida lapar. Abang pulak busuk! Hehe” Sempat lagi Fida mengusik suaminya

“Oh nakal betul mama baby ni.”Ujar Zamir sambil mengusap-usap perut isterinya sebelum berlalu ke bilik air.

Fida tersenyum sendirian. Bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience