BAB 8

Romance Completed 6270

Mendung hitam yang bergumpal berlalu pergi. Hari-hari Fida semakin tenang dan bahagia. Zamir sudah kembali kepada sikapnya yang romantik dan penyayang. Ibu mertuanya sudah dapat menerima ketentuan Ilahi bahawa mereka masih belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata. Pernah juga dia berjumpa dengan bidang bidan kampung oleh ibu mertuanya untuk berurut. Pelbagai pantang larang diberikan oleh ibu mertuanya dituruti dengan hati lapang.

Hari-hari Fida kian berseri bila suatu hari ada perubahan yang ketara berlaku pada dirinya. Fida merasakan perubahan dirinya lain daripada biasa. Kitaran haidnya makin tidak teratur sejak 3 bulan sebelum ini. Namun dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu terlalu berharap walaupun selama ini dia tidak pernah berhenti berharap untuk bergelar seorang ibu.

Lantas, Fida mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan tanpa pengetahuan suaminya. Dia takut peristiwa lama berulang kembali di mana jelas kelihatan wajah kecewa Zamir bila doktor mengesahkan dia tidak mengandung.

“Tahniah Puan Fida, puan bakal bergelar ibu.” Kata-kata doktor itu disambut dengan seribu kesyukuran. Fida tersenyum lebar. Hatinya melonjak girang. Terbayang wajah ceria Zamir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience