MENARI-NARI DI LANGIT BIRU

Romance Completed 4478

Sesungguhnya dari Ade , aku dah faham tujuan sebenar Harzwan suruh aku menyamar jadi girlfriend dia. Rasa menyesal pula pasal..pasal..hempuk dia dengan dulang dek kerana terlalu geram.Siapa suruh dia main-main? Penat aku buat muka serius macam professor , dia boleh buat lawak hampeh. Nama je dah dua puluh enam,tapi perangai kalah kanak-kanak riang baru habis tadika. Ke aku yang kanak-kanak riang? Sepotong ayat dari Ade buat aku ternganga. Tak tahulah betul ke atau tak. Wallahualambissawab.

“Sebenarnya dia suruh sebab nak buat Sylvia stop ganggu dia.Kalau buat depan Mama dia baru Sylvia tu percaya sebab Wan tak pernah bawak girl lain selain Sylvia .”

Wan ni baik betul dengan Ade ..semuanya cerita suruh bagitahu aku. Bagitahu sendiri tak boleh ek?

“Dia suruh aku bagitahu ni pun sebab dia takut dengan kau. Kau buat apa dengan dia ek?” Erkk..Ade boleh baca otak aku?? Hebat!

Aku tersengih-sengih. Kalau Ade tahu apa aku buat dekat Wan, mesti minah tu amuk.

“Tak ada apa-apa.” Bohong sunat!

“Dia ada cakap kat aku, pasal dia terlepas cakap nak kahwin dengan kau tu unexpected, tiba-tiba je mulut dia tercakap.”

Tercakap?? Releven ke tercakap?? Dia saja je nak kenakan aku tu. Baik-baik dia bukannya betul sangat. Sengal!

“Tapi dia ada cakap lagi..kalau betul pun apa salahnya.”

Ayat terakhir Ade buat aku terbang ke langit ketujuh. Wan nak kahwin dengan aku?? Seminggu aku angau.Tersengih macam kerang busuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience