JADI BAKAL MENANTU OI!

Romance Completed 4478

Mama Harzwan tersentak. Aku lagilah tersentak. Sylvia kat sebelah Datin sorang tu tersedu-sedu menahan tangis. Ehh..ni dah lebih dari kontrak ni.. sejak bila aku ada bagi agreement nak jadi bakal menantu Datin Norlia?? Aku mengerutkan muka.

Dah tak selesa duduk. Cepat-cepat aku berdiri sebelah Harzwan. Kang tak pasal-pasal kena flying kick. Harzwan tarik aku ke belakang. Mengenyitkan mata. Aku sepak kaki dia. Dia mengaduh. Dah hilang hormon kewarasan gamaknya. Suka suki je dia cakap dekat mama dia yang dia nak kahwin dengan aku.

“Please Tell me that’s not true.” Sylvia teresak-esak lagi. Rasa nak habis satu kotak tisu dikerjakannya.

Harzwan angguk. Datin Norlia berubah wajah. Dah macam naga nak semburkan api. Muka dia..eiii merahnya!!

“For God’s sake, cakaplah Wan main-main. Apa ni Wan??.” Datin Norlia terduduk. Sylvia disebelah ditenangkannya.

“Dahlah tu..tak payahlah Mama pujuk Sylvia tu. I’m over her!.” Harzwan tarik aku keluar dari rumah. Tiba-tiba terasa ada cop mohor besar melekat kat dahi ‘Si Pengacau Bilau Keadaan’.

Masuk je dalam kereta. Aku diam. Tak berani nak cakap apa-apa. Harzwan kelihatan fokus memandu. Aku lontarkan pandangan ke luar jalan. Melihat pokok-pokok renek yang teratur kemas. Ada Lantana ungu kegemaran. Suka Lantana. Bunganya macam lego. Kecil dan comel. Jemu memandang ke luar, aku alihkan muka ke kanan. Kembali melihat si selekeh yang kelihatan mahu menjalani transformasi ke arah si serabut.Aku menguap kecil.

“Mengantuk..nak tidur.Kalau sampai kang please kejut.” Aku memberikan arahan ringkas. Membenamkan kepala dan perlahan-lahan memejamkan mata. Tak tahulah Harzwan tu dengar atau tak tapi yang pasti mata ni dah tak larat nak tampung kadar kengantukan yang semakin menggunung ni.

Entah bila aku terlelap..mungkin.. saat Harzwan belai perlahan rambut hitamku. Aku memang sensitive part kena belai-belai, especially tang rambut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience