SI TAK SEMENGAH

Romance Completed 4478

Sedang dia mengajar aku menggunakannya, Seorang jejaka selekeh yang sikit lagi tahap compang-camping katanya mendekati kami. Berkulit cerah sedikit kemerah-merahan, jambang mengiasi seluruh muka malah matanya kelihatan sembab dan merah. Kaki stone ke ni? Macam baru lepas menangis pun ya jugak.

Lalu dia menheluarkan wallet dari saku belakang jeansnya yang terlindung dibalik kemeja biru yang sudah renyuk.

“Could you give me one roaming card please.” Amboi speaking London? Wahh..tak sangka, selekeh macam ni pun reti speaking London .Mulutku terlopong tanda tergamam dengan apa yang baru ku saksikan. Mata aku dan lelaki itu saling berpandangan.

Pelik melihat telatahku yang agak terkesima Fiona akhirnya menyikuku yang masih dalam keadaan mulut terlopong.

“Yes..yes sir. We do have it.” Dengan English yang tak berterabur betul aku menghulurkan kad tersebut. Kak Fiona picit lengan aku. Aduhh..sakitlah! Si selekeh menggaru kepala. Eii..makin serabut pula tengok dia ni.

“Emm..Well I’m not really used with this card.Can you teach me, please?.” Aku mengangguk berkali-kali. Laju aku mencapai kad itu dari tangannya. Kak Fiona memerhati. Dari tong sampah bawah kaunter, aku capai sekeping resit. Dibelakangnya aku tuliskan instruction yang Kak Fiona ajarkan. Malas nak berspeaking-speaking. Nanti tak pasal-pasal aku jadi bahan lawaknya. Lagipun dia bukan foreigner. Tengok muka, Melayu tulen! Selesai menulis, plastik yang membaluti kad itu aku koyakkan. Duit satu sen diatas keyboard aku capai, gores mana yang patut. Kemudian aku serahkan padanya. Si selekeh tersenyum tawar.

“Eh Tiba-tiba tak rasa nak guna pula. Can I return it back?.” Ahh..sudah. Dia ni gila ke? Aku dah koyakkan plastik. Gores-gores.Tiba-tiba nak pulangkan balik. Aku pandang Kak Fiona yang berada dibelakang. Kak Fiona menjegilkan biji mata macam drakula yang kelaparan. Kakinya menolak-nolak belakang aku.Aku keluar dari kaunter. Mendekati si selekeh yang boleh tahan wangi. Ehh..selekeh tapi wangi.

“Tak boleh Bang. Dah gores tak boleh return.” Aku tolak balik kad itu pada dia.

“I didn’t feel want to call anyone.” Nada suaranya merendah. Perlahan dan sayu.

“Abang malas nak picit-picit butang ek? Meh saya tolong.” Tak tunggu lama. Aku terus bergerak keluar meninggalkan Kak Fiona . Tangan si selekeh yang tak tahu apa namanya aku tarik.

Kalau Kak Fiona marah biarlah tapi tadi dia juga yang macam harimau nak telan orang. Customer buat hal je orang lain yang kena. Aku tekan public phone ikut arahan yang Kak Fiona kasi sementara si selekeh berdiri disebelah. Macam tugu Negara.

Tapi yang ni tunggu Negara versi sayu. Malap. Bila operator minta masukkan nombor telefon, aku pandang dia. Mukanya masih seperti itu. Sedih. Sayu.

Kertas yang hampir renyuk dikepul-kepulnya ku capai. Sebaik sahaja selesai mendail. Suara seorang perempuan jelas kedengaran.

“Dah..” Pendek sahaja ayat yang aku tuturkan tapi buat si selekeh tersentak. Tiba-tiba aku terdorong ke tepi dan dia cepat-cepat mencapai ganggang telefon. Aku tinggalkan dia begitu sahaja. Si selekeh yang wangi tapi pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience