PENGAKHIRAN KISAH

Romance Completed 4478

Aku kan banyak pantang, tapi pantang yang paling aku pantang dan buat hati aku bengkeng ialah aku benci betul orang datang lambat ni, rasanya waktu ni juga aku nak lari masuk dalam. Ambil makeup cleaner dan lap ebrsih semua mekap ni. Lantak pilah, basah songket putih cream ni tapi dek kerana kesian tengok kakak-kakak sepupu yang beria-ia tolong kipas, ambilkan air, tolong touch up mana yang patut, terus batalkan niat tu.

Maka duduklah aku kembali. Menunggu dalam bilik pengantin yang serba putih. Nasib baik mak pasang aircond two horse power dua minggu lepas, kata mak senang sikit, tak adalah Adah cair dalam bilik nanti. Dah dekat berpuluh-puluh orang berpusu-pusu masuk. Sikit-sikit nak tengok pengantin.Macamlah aku ni patung display.

Tadi katanya kereta rosak, ish..boleh pula nak rosak waktu ni. Kenapa tak cek awal-awal?? Dahlah aku tak suka berselaput dengan mekap.Rimas! Aku menguap kecil. Kerling jam ditangan kiri.

Dah mengantuk ni. Aku pejamkan mata. Entah bila aku tertidur. Sedar-sedar je, ada orang mencuit pipi, aku tepis. Lepas cuit pipi, cuit telinga. Aku tepis lagi. Monyet! Orang nak tidurlahhh…Bengang diganggu, aku buka mata. Suasana lengang. Yang tinggal cuma aku, bilik pengantin serba putih serta desiran kipas. Aku pandang kiri, tak ada orang. Pandang kanan, tak ada orang juga. Eh..mana diorang ni??

Tiba-tiba suasana jadi gelap gelita. Mata aku ditutup kemas. Siapa pula buat april fool ni?? Aku tolak tangan kasar yang elok melekap pada mata tadi. Perlahan-lahan aku dapat lihat sinar cahaya kembali. Wan tersenyum ke arah aku. Ada sekuntum ros putih ditangan. Eh..dah sampai rupanya mamat ni. Aku tersenyum. Mencapai ros yang diberinya. Tanjak diatas kepalanya aku alihkan. Wan jatuhkan kepalanya diriba. Aku elus perlahan rambut hitam pekatnya. Harum..

“Wan sayang Adah.” Tutur Harzwan perlahan. Air matanya tumpah. Terasa hangat jatuh diriba. Aku angkat kepalanya. Wan menangis?? Air matanya aku seka perlahan.

Aku tersentak dari tidur bila badan aku digoncang hebat. Baju songket putih yang aku peluk bersama ketika tidur renyuk. Di lantai, barang-barang hantaran elok tersusun kemas. Tinggal lima hari lagi sebelum aku diijabkabulkan dengan Harzwan .

“Ada call.” Mak cemas. “Katanya pasal Harzwan .”

Sebaik sahaja mendengar nama Harzwan , aku berlari keluar. Jantungku berdegup pantas saat cuping telingaku mendengar esakan kecil dari corong telefon. Mama!

“Adah…” Senyap. Hanya esak tangisnya kedengaran, debaran jantungku tiba-tiba menghentak.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Wajah Harzwan menangis terbayang jelas dimata.

“Harzwan dah tak ada! Pesawat latihan yang di bawa dia terhempas baru tadi. Bawa bersabar ya Adah”

Allahuakbar! Betapa saat itu..aku rasa separuh dari nyawa aku terbang meninggalkan jasad. Aku sudah tidak dapat merasa kakiku mencecah tanah. Kakiku longlai dan aku terjelepuk jatuh ke lantai. Air mata luruh membasahi pipi dan aku meraung dalam tangis teresak-esak. Nafasku sesak. Segala kenangan lima tahun lalu berputar diingatan. Waktu Harzwan menghantar aku di airport dan aku acah-aca memulangkan kembali kotak cincinnya. Sebaik tiba di London, aku segera menelefon Harzwan , Harzwan dengan nada kecewa menjawab tapi sebaik sahaja dia membuka kotak kosong itu sementara aku di London membelek cincin tersebut, dia menjerit girang.

Kalau 365 hari kau terisi dengan momen suka dan duka bayangkan pula 1,825 hari yang menduga ku lalui bersama Harzwan. Dan lima hari berlalu sejak Harzwan menyahut seruan Illahi. Aku mengamati cincin emas bertahta batu Topaz pemberian Harzwan, terasa bagai semalam ia masih segar, segar dengan momen ketika dia menyarungkan cincin ini ke jari manis ku, masih terasa hangat sentuhan tangannya menyentuh kulitku. Semuanya masih segar. Dan aku tidak tahu sampai bila aku akan hidup dan teribur dengan semua kenangan ini. Satu yang aku tahu, pabila esok mentari membuka tirainya, cintaku pada Harzwan tetap membara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience