TEMAN WANITA SAMBILAN

Romance Completed 4478

Ade tolak bahu aku sebaik sahaja kelihatan Harzwan dimuka pintu MPH. Aku menoleh sebentar, kemudian kembali menyusun. Rasa rela lagi menghadap buku-buku bahasa daripada menghadap muka Harzwan .

Entahlah, sejak peristiwa terserempak dengan Sylvia dan dia. Rasa semacam. Kalau dia dah ada makwe, nak buat apa baik dengan aku? Ishh..konpius! Entah-entah dia tak ada apa-apa niat pun, yang kau ni dah kenapa Raudhah?

Aku tersenyum sendirian. Lepas tarik nafas dalam-dalam, aku bergerak perlahan, menyeret kaki dilantai dan menghampiri Harzwan .

“Dah kenapa kaki tu macam orang kena heret hantu?’’ Wajah Wan yang dah dekat dua minggu aku tak nampak ku tatap dan amati..

“saja je..” Tangan kananku sibuk mencapai teka silang kata diatas rak kecil di bucu dinding.

“Alah rindu ..” Yuckssss!?? Amboi..suka hati je nak rindu-rindu orang.Tak sedar diri dia ni mambang orang!

“Free tak? Lepas kerja jumpa Wan dekat Eden.” Aku angguk perlahan. Rasanya sejak kenal Wan, satu KLIA aku dah pusing.

Semua fast-food outlet aku dah jenguk. Eden, Coffe Bean, Kfc, Mc Donald, Asian Kitchen, Burger King sebut je..semuanya aku dah pernah jejak. Food garden je mamat tu tak pernah bawak. Tak ada kelas kot.

Padahal itulah tempat aku dok tapau lauk hari-hari. Itupun satu lauk je cecah RM5! Aku ketap bibir. Tersenyum semanis mungkin.

“Saya habis kerja pukul 5.30.” Giliran Harzwan mengangguk. Serentak dengan itu si selekeh tu sarungkan topi dia atas kepala aku. Tersenyum dan mencubit pipi. Mesra. Harzwan bersiul kecil dan hilang dalam kerumuman orang ramai. Meninggalkan aku sendirian. Yang masih tak percaya. Mimpi ke? Aku raba pipi. Masih terasa panas. Aku tersengih kemudian masuk ke dalam.

“Tolong jadi kekasihh saya.” Harzwan pandang mata aku dalam-dalam. Tiba-tiba aku rasa dunia aku berputar tiga ratus enam puluh darjah. Adrenalin bergerak laju. Jantung terus diserang Arrhythmic.

“What??Hanis si Sylvia tuh nak campak mana cik abang oi??.” Harzwan sengih.

“Actually, dia tu bekas kekasih aku. Sebab tu saya suruh awak jadi gf saya. Kekasih sambilan pun boleh juga.” cawan kertas berisi Ice Lemon Tea ditariknya kesisi. Perlahan-lahan dia menyedut. Khusyuk. Macam sedap sangat jek. Aku cebik lidah sorang-sorang. Kemudian tarik nafas. Part-time gf???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience