TERAKHIR KALI

Romance Completed 4478

Esok hari last, hari terakhir aku di MPH. Mak redha aku dapat belajar dekat London. Program preparation pun buat dekat sana. Bagus juga, dapat aku merasa pergi negara orang. Jauh berjalan luas pemandangan. Jauh berjalan seronoknya haii. Pasal Harzwan , sekejap je mamat tu takut dengan aku. Tak sampai seminggu dia kembali mengendeng di depan pintu. Tersenyum. Sejak Harzwan berterus terang dan bawa aku jumpa mama dia balik. Rasa tenang. Datin Norlia pun tak marah dah. Cuma bengang sikit sebab anak dia pandai-pandai buat lawak cimpanzzi. Dato’ Khaizan sporting pula. Suka buat lawak. Rasanya aku dah tahu dari mana turunnya genetik tersenyum dan tersengih selalu tu kalau tak dari ayah dia.

Tengah makan tengah hari, Dato’ Khaizan mencelah.

“Abah tak kisah kalau Wan nak kahwin dengan Raudhah tapi make sure cita-cita tu capai dulu.” Erk..tersedak!! Bila masa aku nak kahwin dengan dia??

Harzwan dikiri tersengih-sengih. Aku siku bahu dia. Buat lawak bangang apa dia ni?? Takkan dia tak explain yang aku ni masuk universiti pun belum lagi? Lagipun, bila masa aku dengan dia bercinta ni??

“Wan takkan kacau dia punya Abah. Don’t worry.” Aku tarik nafas lega. Bila aku hela nafas, aku rasa ada mata memerhati. Aku toleh. Err..Datin Norlia? Apsal khusyuk tengok muka saya? Comel ke?

“Emm..Mama pun rasa okey je tapi macam kata abahlah.. tunggulah Raudhah ni dah besar sikit.”

Haa??Besar?? Saya ni tak cukup tumbesaran ke?? Harzwan tersenyum. Menggelengkan kepala. Aku cuma tersenyum simpul. Tak faham betul mak bapak dia ni. Dah terangkan yang aku ni girlfriend acah pun still cakap pasal kahwin. Konpiuss arr…

Balik dari rumah dia, aku senyap. Malas nak cakap apa-apa. Banyak lagi benda lain aku nak fikir,passport,visa,barang-barang nak pack, nak beli barang lagi.

Aku bagi isyarat dekat Ija tanda aku keluar sebentar.

“Jumpa after kerja. Dekat gate five.” Aku angguk tanpa sempat cakap apa-apa.

Tepat 9.35p.m, aku habis kerja, bila aku melangkah melepasi jalan ke gate 5. Dari seberang jalan, aku lihat Harzwan lengkap dengan uniform putihnya, ditangan kanannya sejambak ros putih dipegang kemas. Dia tersenyum manis. Bila aku selesai melintas, dia tarik aku ketepi, betul-betul dekat tiang menghadap terminal bas. Mamat ni dah kenapa?? Tengah-tengah KLIA pulak tu.

“Raudhah..Wan tak tahu nak cakap macam mana..tapi..”

“Tapi? Ni ros untuk siapa?.” Jari telunjuk aku tepat aku sua ke arah ros putih yang tersusun tu. Cantik.

“Untuk awaklah.” Mata aku bersinar terang. First time dapat bungalah katakan. Terus hati kembang-kembang. Tak tunggu lama. Terus aku sambar bunga dari dakapan Wan. Belek kiri, belek kanan, lepas tu cium. Wanginyaaa..

Tak sedar bila, jari manis aku dicapainya. Sedar-sedar je, Harzwan masukkan sebentuk cincin emas bertahta batu kuning , kemudian ditolaknya perlahan sampai ke pangkal jari. Elok je muat. Aku terkesima. Mimpi ke? Aku tepuk pipi kiri, lepas tu kanan. Boleh tahan terer dia tahu saiz jari manis aku ni.

“Awak tak mimpilah cik Raudhah oii..” Jari jemari aku dicapainya.

“Hm..nasib baik fit.Ingatkan tak muat tadi. Maklumlah Raudhah montel orangnya.” Dia ketawa. Sengal! Sempat mengutuk lagi.

“Cincin apa ni??.” Aku buat-buat bodoh. Memang pun kena buat bodoh. Aku nak pergi Londonlah !! Bukan nak pergi kahwin! Even dalam Tuhan saja tahu betapa gembiranya.

“Wedding Ring.” Harzwan sengih. Lepas tu ditariknya pipi aku.

“Eh Bila masa saya nak kahwin dengan awak?.” Aku buat muka toya.

“Lima tahun dari sekarang. Simpanlah..Wan tunggu. Kalau Raudhah tak nak terima, nanti dah sampai London pos balik dekat Wan okey.”

Harzwan berlalu meninggalkan aku, cincin bertahta batu Topaz dan mawar putih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience