HEAVEN IN MY TUMMY

Romance Completed 4478

Kau pernah datang ke KLIA? Kalau naik lif sampai ke tingkat dua bawah satu aras dari tempat perlepasan, ada satu food court yang namanya Heaven in My Tummy.

Kalau kerja,selalunya aku dengan Ade suka tapau lauk dari sini je. Harga boleh tahan mahallah, dah nama pun dekat KLIA, mana ada benda yang murah tapi kalau tunjuk id/ kad staf boleh dapat diskaun. Berapa percent aku sendiri tak sure. Jimat lagi kalau beli nasi lemak kat tepi jalan sebelah bus stop, baru seringgit setengah. Siap ada telur goreng lagi.Kalau tengah-tengah bulan atau rasa nak berdiet, selalunya aku singgah Deraman je, sambar dua bungkus sandwich hi-five dengan satu kotak air green tea yeos. Petang tu, aku bawa Harzwan ke situ. Di Heaven in My Tummy. Privasi lebih sikit sebab aku sure krew-krew kapal terbang yang berkaliber tak layan punya nak singgah situ. Kurang sikit gosip murahan.

Harzwan membawa satu dulang penuh. Ada muffin, chicken sandwich, hot chocolate. Kecur liur tengok semuanya. Elok je dia melabuhkan punggung, disuanya dulang tu ke arah aku.

Aku capai hot chocolate, selebihnya aku tolak balik ke arah dia.Harzwan alihkan muffin dari dulang. Ditolaknya kembali ke arah aku, keningnya diangkat tanda menyuruh aku mengambil. Aku angguk malas nak berlawan. Perlahan bibir menutur.

“Thanks.” Macam tau-tau je aku memang terliur tengok chicken sandwich tu. Muffin tak layan. Manis sangat! Kalau selalu makan gerenti kena diabetis mellitus.

Tujuan sebenar aku ajak Wan ke situ bukan nak mencekik. Apa kau ingat aku kebulur sangat ke? Jadi, sebaik sahaja sedar kembali akan matlamat asal, aku cepat-cepat makan. Lepas tu coklat panas tu aku hirup sepantas mungkin sampai lupa betapa panasnya air tu waktu cecah permukaan lidah aku. Serius..mesti melecur sebab lepas tu aku rasa deria rasa aku hilang.Shit betul, tapi lantaklah! Kebas. Pedihnya lidah. Wan ketawa. Seronok agaknya tengok aku terkinja-kinja macam monyet dapat lollipop.. Kurang asam. Aku mencebik. Rasanya sejak kenal Wan, kekerapan muka aku menghasilkan perlbagai mimic muka semakin menggila. Ada saja mimic muka aku yang menjadi penghibur si Harzwan yang sejenis mudah terhibur ni padahal aku mengamuk, berang dan bengang.

“Dah kenapalah gelojoh sangat ni??.” Wan senyum sambil tangannya ringan je mencapai tisu. Disuanya ke arah aku.

“Haa?? Takdelah.” Aku cepat-cepat membuat penafian.

“Tak nak mengaku?.” Aku geleng. Banyak kali geleng. Wan ketawa. Degil betul.

“Ni..nak tanya something, tapi Wan kena jawab. Janji jawab okey?.” Aku memandang tepat ke arah anak mata Harzwan yang rona coklat cair itu..

“Hm..tanyalah.” Harzwan tersenyum lagi. Manisnya..rasa nak cubit-cubit pipiku dan rasa nak cucuk-cucuk je lesung pipit dia ni. Wahai Encik Harzwan , tahukah anda sesungguhnya saat ini saya sedang jatuh cinta dengan senyuman anda yang manis macam lelaki dalam kotak Darlie itu?

Aku hulur jari kelingking. Suruh dia berjanji. Janji jawab. Jawab okey?

Harzwan hulurkan juga jari kelingking. Macam kanak-kanak rebena berjanji bila jari kelingking kami bertaut.

“Kenapa suruh saya jadi kekasih sambilan awak?.” Aku pandang tak berkedip. Jantung berdegup-degup laju.

“Sebab…”

“Sebab….”

Aishh..mamat ni… Apasal la berbasa-basi nak jawab soalan, jawab jelah?? Rasa nak..nak ci.. eeh Astaghfirullah.. errr..tak ada apa-apa. Lupakan niat itu Raudhah…

“Saje..” Harzwan tersengih. Aiii..pantang tok nenek aku orang buat-buat saprais ni lepas tu jawab macam hampeh. Aaaaa..nak mengamuk! Tolong..aku tetiba rasa paras gula dalam badan aku ni turun mengejut bila-bila rasa nak pitam.

Petang tu, teruk Harzwan aku kerjakan. Maaf, tak boleh cerita detail. Terlalu sulit untuk diceritakan.Kalau nak tahu, pergi tanya Harzwan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience