PRAMUGARI OI!

Romance Completed 4478

Alangkah indahnya jikalau petang-petang macam ni, kalau dapat lepaktepi padang memang best. Lagi-lagi bila dapat cuci mata. Uh..jangan salah tafsir. Aku mencuci mata dengan melihat kanak-kanak tabika,taska dan tadika bermain di taman permainan. Seronok tengok keleteh diorang. Comel! Dah puas cuci mata, kunci motor aku tarik dari poket seluar. Motor kapcai cabuk Yamaha warna merah peninggalan arwah ayah aku hidupkan. Walaupun dah tahap boleh masuk muzium dan bunyi semput-semput tapi masih boleh berfungsi. Kira okeylah nak dibawa kemana-mana sebab setakat ni tak pernah lagi meragam atau rosak di tepi jalan.

Elok aku nak mendaki bukit tinggi dekat De Palma In, aku nampak sorang amoi diseberang jalan tengah sibuk meniup-niup enjin kereta. Tiup buat apa? Bagi sejuk? Aku memberhentikan motor ditepi jalan dan berlari ke arahnya.

“Eh,rosak ke?.” Gadis itu tersenyum.Rambut panjang separas siku yang di diwarnakan blonde dan mata berwarna biru hasil penggunaan contact lense aku tatap. Sebenarnya, aku pun tak pandai sangat pasal kereta-kereta ni tapi sebab tengok dia sorang-sorang, rasa tak sampai hati biarkan.

“Aah..I pun tak tahu apa jadi dengan kereta ni, tapi I dah call dah my bf. He’s on the way.” Aku mengangguk laju. Aku main bedal je aku usik-usik enjin dia tapi usik jela. Tak pulas apa-apa pun. Sementara tunggu boyfriend dia, kitaorang pun duduklah berborak-borak.

“Kerja apa?.” Mulut aku ramah-tamah bertanya.

“Pramugari.” Wow..Memang dah nampak ciri-ciri pramugari pun. Patutlah you ni bergaya habis!

“You?.” Sylvia bertanya sambil mengelap peluh yang membasahi muka. Aku tunjuk jari ke arah dada sendiri.Kepalaku menunduk sedikit. Dia mengangguk.

“Kerja biasa je.Kedai buku. Sementara nak masuk U.” Aku sengih tapi kemudian sengihanku mati bila Wan muncul dibelakang Sylvia . Harzwan . Si selekeh. Harzwan . Pilot handsome tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience