PERLANGGARAN KENYAL

Romance Completed 4478

Pagi tu sepatutnya Ade yang kerja. Kenapalah suka hati je minah tu mengabsentkan diri ek? Tapi bagus juga. Boleh aku buat OT lebih-lebih. Aku tersengih. Novel-novel horror and thriller Agatha Christie aku tatap puas-puas. Dah lama berangan nak beli buku tu, tapi tak mampu-mampu. Cukup bulan ni nak belilah. Dah puas duduk menyusun, aku bangun dan berlari kedepan bila suara Abang Man supervisor rasmi MPH kedengaran memanggil-manggil namaku. Aku terlopong. Lima buah kotak penuh dengan buku-buku baru elok bersusun didepan. Yeah..yeahh..hari ni tak payah susun buku! Aku menjerit keriangan dalam hati

Biasanya kalau ada buku-buku baru, maka secara automatik aku tak perlu menyusun buku. Dengan kepakaran IT peringkat amatur tapi cekap dan efisyen serta pantas, tugas mengkey-in semua buku-buku baru diserahkan pada aku oleh Abang Man. Tengok! Siapa sangka sebulan je kerja aku dah diberikan tanggungjawab ni. Setakat nak duduk dekat kaunter tu kira celah gigi je.Ewah..sungguh riak Raudhah. Dah pandai berlagak dengan Kak Fiona . Yang seronoknya, bila tak perlu susun buku dan duduk diofis sepanjang hari, aku rasa lega. Sebab? Tak perlu sakit hati tengok seksyen kanak-kanak yang selang lima minit dah hancur barai kena usik.

Aku tersenyum. Memandangkan Ija dan Hana tak masuk lagi. Maka tugas memikul semua kotak-kotak tu terpaksalah aku galas. Abang Man dah sah-sah dok cover kaunter. Kak Fiona ? Cuti. Aku mencangkung. Angkut dua kotak sekaliguslah! Otak aku yang tak berapa betul memberikan cadangan tanpa melihat relevennya disini. Waktu angkat dua-dua kotak tu, aku rasa melayang-layang. Hilang imbangan! Dan tanpa sedar aku menghentam satu objek didepan yang tak kelihatan dek pandangan.

“Alamak! Maaf encik.” Aku buat muka seposen.

“No, it’s fine’’ Jejaka itu bangun. Menepuk-nepuk seluar putihnya dan mencapai topinya. Eh, panggil topi ke?

Aku toleh wajah ke kaunter. Tersengih dengan mimic muka semanis perempuan melayu terakhir ke arah abang Man. Jangan marah saya Abang Man, tak sengaja! Abang Man menggeleng-gelengkan kepalanya dan kembali melayan pelanggan.Fuhh..aku tarik nafas lega.

“Saya betul-betul tak sengaja. Tak nampak. Kotak-kotak tu pula berat semacam. Macam angkat anak badak.” Aku mengutip buku-buku yang bertaburan. Dia turut membantu. Tersenyum.

“Pernah angkat ke anak badak?.” Jejaka itu tersengih menampakkan sebaris gigi yang putih. Macam iklan Darlie pula.

Aku garu kepala. Macam pernah tengok dia ni..tapi dimana ya??. Dia kemudian berdiri. Memakai kembali topi pilotnya. Sangat kacak! Mata tu…

“Oh ya, thanks sebab tolong saya hari tu.” Dia mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Aku masih memeluk kotak. Termanggu. Tolong? Bila masa aku tolong dia? Aku musykil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience