HANYA ADA ESOK

Romance Completed 4478

Aku menggapai lastik diperbuat dari getah yang Tok Ma bikin. Hari ini serba tak kena, tadi ketika Tok Ma dan Opah tiba, aku terus mendapatkannya.

Sebakul plastik hitam berisi getah ku beri. Elok untuk buat lastik cicak, musuh utamaku. Tanpa menunggu lama aku menandakan sasaran utamaku, sepasang ekaksi cicak yang sedang bercinta di dinding ku tembak. Sakit telingku menddengar mereka mencicit melampiaskan nafsu.

Zapppp! Jatuh terpisah pasangan cicak tadi.

Hari ini rumah riuh rendah dengan kehadiran saudara mara dari serata negeri bagi meraikan majlis doa selamat dek cucu sulung bakal melanjutkan pengajian ke negara orang. Riuh meriah yang aku suka.

Sedang asyik mencari sasaran lain, Sabri datang menyibuk. Hishh..sibuk je. Aduh sibuk je. Tak boleh tengok orang senang. Lepas Sabri , Kolif, Adam pula menyibuk. Minta getah bodoh. Nak join lastik cicak. Aku malas nak ambil pusing, terus je menghulurkan plastik oren berserta isinya sekali. Tak tunggu lama, aku dan Sabri menjalankan misi melastik cicak.

Dua tiga ekor berjaya kami guugurkan dengan sekali lastik sahaja. Jatuh berdebuk-debuk macam nangka busuk. Padan muka mereka. Adam , adik sepupu yang paling bongsu pula jadi pengikut aja. Mengutip cicak-cicak yang dah selamat tak bernafas tu ke dalam botol Spritzer yang kosong.

Mak dengan makcik-makcik sedara aku sibuk membebel. Dah besar tagun pun perangai macam kanak-kanak. Opah senyum je, kalau zaman Opah dah jadi mak budak dah. Seloroh Opah tu memang betul pun sebab setahu aku Opah kahwin waktu umur dia 13! Aku tersengih. Memang kalau ikutkan aku sorang je wanita dewasa yang main lastik-lastik cicak. Lepas tu tiba-tiba dapat pengikut-pengikut tak bertauliah, adik-adik sepupu aku yang semuanya hero-hero belaka dan masih disekolah rendah.

Sedang Adam main kejar-kejar dengan Kolif, budak berdua tu tak pandang kiri kanan. Tanpa salam, terus redah punggung empuk lagi pejal milik aku. Yang pasti, lepas tu aku jatuh tertonggeng ke depan. Celaka betul perangai. Lastik melayang, cicak entah ke mana. Bila aku ketap gigi, sambil genggam penumbuk, mata terjegil macam pontianak. Budak berdua tu dah mula kecut perut. Berdesup lari tatkala aku baru je nak lepaskan cubitan ketam, mata aku terpandangkan sesuatu dijari manisku. Tinggal esok je.. Aku tak jadi mencubit. Melepaskan keluhan berat dan berlalu meninggalkan mereka. Aku akan meninggalkan tempat ini kurang dari 12 jam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience