BAB 6

Romance Completed 2042

Ola mencebik. “Jangan perasanlah wei, siapa yang tunggu kau, hah? Dahlah hari pun dah lewat petang ni. Hantar aku balik kejap. Nanti bising pula mak aku tu nanti.”

Burn mengerling nakal. “Ala, dia takkan marah punyalah. Aku ni kan bakal menantu dia.”

“Woi! Statement kau tu jaga-jaga sikit. Pandai-pandai je kau upgrade diri sendiri sebagai bakal menantu merangkap bakal suami aku. Apa kau ingat aku ingin sangat ke nak berlakikan jejaka macam kau ni.” Berhamburan kutukan Ola di lemparkan ke arah Burn.

Selalunya Burn menadah sahaja telinganya dengan hati terbuka. Entah mengapa hari ini hatinya rasa tersiat-siat dengan kata-kata Ola itu. Direnungnya wajah Ola yang putih bersih itu.

“Ola, teruk sangat ke aku ni? Memang aku ni tak layak ke jadi calon suami kau?” Ola terdiam. Tidak dijangkanya soalan sebegini akan terpacul dari mulut Burn.

“Bukan begitu maksud aku, Burn. Aku dah anggap kau macam kawan baik aku. Tidak pernah walau sebesar kuman sekalipun aku terfikir untuk menjadikan kau sebagai calon suami.” Burn tunduk.

Wajahnya benar-benar suram. Terasa seperti dadanya di henyak dengan batu besar.

“Maknaya kau tak boleh terima aku sebab aku ni kawan baik kau? Andaikata kita dah tak jadi kawan baik, adakah kau akan terima aku?” Buntu seketika Ola. Pelbagai andaian mula bertandang di dalam hatinya.

Mengapa pula Burn bertanyakan soalan sebegini kepadanya. Adakah Burn menyukainya?

“Kenapa kau tanya semua soalan pelik macam ni pada aku, Burn ? Kita kan dah berkawan sejak dari alam persekolahan lagi. Tak mungkin kau sukakan aku, kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience