BAB 9

Romance Completed 2042

Tiba-tiba dia rasa berdosa yang amat sangat pada Riz. Selama ini dia tidak pernah melayan Riz dengan baik. Hatinya diundang perasaan bersalah yang tidak bertepian membuatkan laju sahaja kakinya meluru masuk.

“Mak, apa yang dah jadi ni? Doktor, kenapa dengan mak saya?”

“Jangan risau, cik. Dia tak apa-apa cuma kurang rehat saja. Jangan risau lepas dah makan ubat dan berehat secukupnya Insya Allah dia akan sembuh. Mujurlah Encik Riz cepat-cepat hantar dia ke mari. Kalau tidak tak tahulah apa akan jadi pada mak cik.”

Ola tertunduk menekur ke lantai. Malunya dia tidak terperi. Riz yang selama ini di anggap seteru ketat sudah berubah jadi sang pari-pari yang baik hati.

Isi hati Ola mudah sahaja di tangkap oleh Mak Yam. “Ola, mak tahu memang dari dulu kamu memang tak suka dengan si Riz ni. Tapi mak boleh jamin, Riz berupaya untuk membahagiakan kamu di sepanjang hayat kamu. Mak ni dah tua, Ola. Entah berapa kama lagi mak akan bernafas di bumi Allah ni. Sebelum mak menghembuskan nafas terakhir, teringin sangat mak nak tengok kamu di ijabkabulkan dengan Riz. Itulah impian mak yang terakhir.”

Ola i tersentak. Terus sahaja air matanya luruh bagaikan air terjun Niagara Falls kat Amerika Syarikat tu!

“Janganlah cakap macam tu, mak. Baiklah. Ola akan turut segala kemahuan mak.”

Jawapan Ola i yang langusng tidak terjangkau dek minda Mak Eja dan Riz itu terus sahaja membuahkan senyuman lebar di Ola ir masing-masing. Namun sebaliknya bagi Burn. Dadanya bagaikan di hempap batu berat. Nafasnya kian tersekat-sekat.

“Tidak! Kau tak boleh kahwin dengan Riz, Ola. Kau tak boleh kahwin dengan Riz sebab aku cintakan kau!”

Malangnya teriakan itu hanya mampu berlagu dalam hati Burn sahaja. Dia harus menerima hakikat, gadis idamannya akan menjadi milik orang lain!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience