BAB 4

Romance Completed 2042

“Kau jangan buat lawak antarabangsa dengan aku, Din. Aku seligi kau karang, baru tahu.” Din tersenyum sambil mempamerkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi.

“Alah Riz, sebenarnya kau tak berani nak sahut cabaran aku, bukan? Pigidah, jejaka idaman Malaya konon. Jejaka idaman taik kucing!”

Merah padam muka Riz. “Woi, cakap baik-baik sikit ya! Ini Rizman anak ketua kampung tau! Sedangkan Samiha anak pegawai daerah tu pun senang-senang je jatuh dalam genggaman aku, ini pula setakat budak kampung macam Ola tu. Tunggulah, aku akan buktikan pada korang!”

KLUK! KLAK! KLUK! Bunyi mangga pintu rumah Mak Eja segera menyedarkan Riz dari lamunan panjang. Sejurus selepas itu Riz dan Mak Eja sudah pun berada di dalam perut City yang sedang meluncur laju menuju ke bandar.

“Bagi aku spanar nombor 3 tu.”

Ola terkebil-kebil. “Yang mana satu ni, Burn ? Aku tengok sama je rupanya.”

“Kan ada tulis nombor dekat hujung spanar tu? Kalau nak kerja kat sini kenalah fokus, jangan asyik nak berangankan Alphard je! Cuba kau buka mata tu besar-besar sikit. Lembab juga kau ni, kan?” Ola tersentak. Kata-kata Burn itu sedikit sebanyak mengguris hatinya. Mendung terus berarak di wajahnya.

“Hello, nama Alphard jangan kau bawa masuk dalam ini cerita, hah! Cakap elok-elok sikit tak boleh ke? Tak apalah kalau kau rasa aku tak layak kerja di sini aku nak baliklah.” Ola terus bangkit. Pantas kakinya melangkah keluar dari bengkel itu.

Burn menampar-nampar mulutnya sendiri. Kenapalah mulutnya begitu celupar sekali memarahi gadis idaman hatinya itu? Burn terus mengejar Ola dari belakang. Tanpa sebarang amaran dipintasnya gadis jelita tersebut.

Hampir-hampir sahaja muka mereka berlaga. Hembusan nafas kasar Ola memenuhi segenap ruangan wajah Burn. Mata bundar Ola pula menelanjangi setiap inci wajah kacak Burn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience