BAB 2

Romance Completed 2042

Dengan tidak semena-mena sebuah kereta Toyota City berwarna kelabu menjulur masuk ke perkarangan rumah.

Mak Eja tersenyum lebar sampai ke telinga. Seronok di hatinya tidak terkira apabila bakal menantu pilihannya sudah tersergam di hadapan mata.

Ola terus angkat kaki. Malas pula dia nak bermesra-mesra dengan bakal suami tak jadinya itu!

“Hei Ola ! Kau nak ke mana tu? Riz datang ni.” Nada suara Mak Yam sedikit kendur.

“Ola dah lambat nak masuk kerja ni. Mak jelah yang layan si Riz tu. Assalamualaikum.” Dengan selamba Ola terus membonceng skooter Burn.

Di gesanya pemuda itu agar segera berlalu dari situ. Terbeliak bebola mata Mak Eja melihat gelagat anak tirinya.

Ikutkan hati mahu sahaja di pasungnya kaki Ola ke tiang seri rumah. Biar dia tidak betah merayau ke sana ke mari lagi.

“Ola ! Kau jangan kerja kat situ! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Ola !!” Riz hanya menggeleng-gelengkan kepala. Sudah acap kali benar dia melihat perang di antara ibu dan anak ini sehinggakan dia lali dengan situasi sebegitu.

“Riz, makcik minta maaf, ya? Tadi makcik dah suruh Ola tunggu kedatangan Riz tapi dia tu memang keras kepala. Asyik nak membantah cakap orang tua sahaja.” Mak Eja melepaskan amarah di hati. Riz hanya tersenyum. Inilah peluang baginya untuk mengambil hati orang tua itu!

“Janganlah risau, makcik. Saya tak kisah. Sebenarnya saya datang ke sini nak ajak makcik pergi ke bandar. Ingat nak belikan barang-barang dapur sikit untuk makcik dua beranak.” Seperti di duga umpan Riz mengena.

“Oh, yeke? Molek juga tu, kebetulan beras memang dah habis kat dapur tu. Riz tunggu sekejap, makcik tukar baju dulu, ya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience