BAB 8

Romance Completed 2042

“Hello Riz. Semuanya berjalan lancar. Sekarang ni mereka berdua dalam perjalanan ke hospital.”

Riz tersenyum lebar. “Bagus! Bab pertama sudah selesai. Sekarang ni korang saksikan pula macam mana aku memainkan peranan dalam bab kedua.”

Masa di rasakan berlalu dengan amat perlahan sekali. Sebaik sahaja mereka sampai di hospital, Ola terus berlari ke kaunter pertanyaan

“Cik, tumpang tanya, di mana pesakit yang bernama Mariam binti Sood berada. Saya ni anak dia.”

“Sebentar ya.” Risaunya semakin membuak-buak. Walaupun Mak Eja itu bukan ibu kandungnya Ola tetap rasa bertanggungjawab ke atasnya. Sementalah semenjak ayahnya meninggal dunia lima tahun yang lepas, Mak Yam lah yang telah bersusah-payah membesarkannya.

“Cik, ibu cik ada di bilik rehat untuk pesakit luar. Biliknya di sebelah kiri hujung sekali.”

“Terima kasih.” Tanpa membuang masa Ola menghayunkan kaki dengan pantas menuju ke bilik rehat tersebut. Burn yang baru sahaja sampai di lobi hospital turut sama membontoti Ola. Sebaik sahaja bilik tersebut dihampiri gegendang telinga mereka berdua jelas dapat menangkap perbualan di antara doktor dan Riz.

“Doktor, betulkah Mak Eja tak ada apa-apa? Terima kasih doktor.”

“Sama-sama. Ini memang dah tugas saya. Saya lihat Encik Riz ni betul-betul ambil berat pasal Mak Yam. Encik Riz ni saudara dia ke?”

“Saya dan Mak Eja sekadar saudara seislam, doktor. Tapi saya dah anggap dan sayang dia macam mak saya sendiri.”

Ola terkedu seketika. Benarkah apa yang di dengarnya ini? Riz sayangkan ibu tirinya sampai ke tahap itu sekali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience