BAB 11

Romance Completed 2042

Merah padam muka Riz di buatnya. “Ok, takpe. Makcik akan menyesal nanti sebab malukan saya macam ni.”

Riz bergegas turun. Pantas dia melangkah ke arah kereta Toyota City nya. Kemudian sengaja dia melanggar skuter kepunyaan Ola yang elok tersadai di bawah rumah.

“Hei makcik! Sekarang ni skuter Ola i saya dah jahanamkan. Lepas ni makcik jalan kaki jelah nampaknya!” selar Riz dengan wajah cemberut.

Dengan tidak semena-mena sebuah kereta Toyota Alphard berwarna hitam metalik meluncur masuk ke perkarangan rumah Mak Yam.

Semua yang berada di situ terpana. Seorang jejaka kacak melangkah turun dari kereta Toyota Alphard tersebut dengan penuh bergaya.

“Siapa cakap Mak Eja akan jalan kaki lepas ni? Mulai dari hari ini Mak Yam dan Ola akan naik kereta Alphard ni ke mana-mana sahaja mereka nak pergi.”

Ternganga mulut Riz mendengarnya. Silap-silap kereta Toyota Alphard itu pun boleh muat ke dalam mulutnya!

Jejaka tersebut melangkah ke arah Ola dengan senyuman manis terukir di Ola ir. Kunci kereta Toyota Alphard tersebut di unjurkan ke arah gadis idamannya itu. “Ola, sudi tak kau terima kereta Toyota Alphard ini beserta dengan tuan punya kereta sekali?”

Bebola mata Ola mula berkaca-kaca. Wajah kacak Burn di renungnya dengan perasaan hiba. “Aku sudi, Burn. Aku sudi terima kau tapi dengan satu syarat. Boleh tak aku try bawak kereta idaman aku ni dulu?

Serentak itu semua hadirin yang berada di situ ketawa gembira. Burn sekadar menganggukkan kepalanya sahaja. Hatinya berbunga riang. Akhirnya impian si jelita idaman hatinya itu berjaya juga di penuhinya.

“Aku janji akan membahagiakan hidup kau buat selama-lamanya, Ola. Aku cintakan kau sepenuh hati,” bisik Burn dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience