BAB 7

Romance Completed 2042

DUM!! Bergetar jiwa Burn apabila Ola bertanyakan soalan berani mati itu kepadanya. Burn cuba berdalih.

“Eh, tak adalah. Mana ada aku suka kat kau. Aku anggap kau macam kawan jelah.” Senyum kelat menghiasi Ola ir Burn. Punah jiwanya apabila Ola ir terpaksa mendustai hatinya sendiri.

“Sudahlah tu. Hantar aku balik sekarang. Nanti mengamuk mak aku karang.” Skuter itu pun membelah keredupan petang yang sudah semakin menjejaki senja.

Namun suasana yang semakin kelam itu sama sekali tidak dapat menandingi kelamnya jiwa Burn di saat ini!

Din dan Hairul menunggu dengan tenang. Mereka yakin dengan perancangan teliti seperti ini, sudah pasti ianya akan membuahkan hasil yang menakjubkan!

Dari kejauhan kelibat skooter berwarna merah hati semakin menunjukkan kelibatnya. Din dan Hairul bergegas turun dari motorsikal dengan wajah yang sugul.

“Hei! Apa yang korang berdua buat kat depan rumah aku ni, hah? Mak aku mana?” Ola melontar pertanyaan bertubi-tubi. Mereka berdua berpandangan dengan wajah serba-salah.

“Ola, aku harap kau jangan terkejut dengan berita ini. Mak kau pengsan kat bandar tadi. Riz dah hantar dia kat hospital.”

“APA? Korang berdua biar betul? Macam mana mak aku boleh pengsan? Kenapa tadi Riz tak telefon aku?” Menyirap darah Ola. Marahnya dia bukan kepalang pada Riz!

“Macam mana dia nak telefon, kau mana pernah bagi nombor telefon kau kat dia.” Gulp! Kata-kata Din itu tepat mengena batang hidung Ola.

Burn mencelah. “Ola, tak payahlah kecoh-kecoh kat sini. Sekarang ni baik kita pergi ke hospital dulu. Jom aku hantar kau.” Ola hanya akur.

Dengan segera skooter Burn di boncengnya. Sebaik sahaja Burn dan Ola berlalu pergi, Din terus menghubungi Riz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience