BAB 3

Romance Completed 2042

Riz hanya memerhatikan liuk lenggok tubuh Mak Eja yang berdedai masuk ke dalam rumah. Walaupun usia Mak Eja sudah menghampiri ke angka pertengahan abad namun kecantikannya masih terserlah.

Dan kecantikan yang sama itu jugalah yang membaluti pujaan hatinya, Ola ! Kerana kecantikan yang dimiliki oleh Ola itu jugalah membuatkan kakinya ringan sekali datang ke sini.

Kedudukan Ola selaku gadis paling jelita di Kampung Pening Lalat tidak memungkinkan Riz berpaling kepada mana-mana perempuan lain.

Memang benar Mia sudah diratahnya, Samiha pula sedia menyerah bila-bila masa sahaja yang diperlukan. Namun si empunya nama Ola @ Lola Burn arah ini sukar sekali untuk ditawan.

Hatinya seakan-akan kebal dengan wang ringgit dan kemewahan. Masih terngiang-ngiang di telinganya saat Din dan Hairul melemparkan cabaran buatnya untuk melembutkan hati batu si gadis.

“Kalau kau betul-betul jejaka idaman Malaya, aku cabar kau untuk dapatkan si Ola tu. Buat sampai dia tergila-gilakan kau.”

Riz tersenyum angkuh. “Itu perkara kecillah, Din. Sekali aku lempar duit kat muka dia, gerenti terus dia sembah aku punya.”

“Jangan cakap besarlah, bro. Kau tak kenal lagi si Ola tu. Dia tu perempuan yang paling liat sekali setakat ini yang pernah aku jumpa. Kau kenal Cikgu Man?”

Hairul mencelah. “Cikgu Man, anak orang kaya dari bandar tu, kan?”

“Haah, betul. Korang tahu tak, cinta Cikgu Man tu mentah-mentah je si Ola tu tolak, tau? Tu yang aku nak suruh kau test power pula. Kalau betul kau dapat pikat Ola tu, motor aku ni sah jadi milik kau.” Riz merenung wajah Din dengan rasa kurang percaya.

Tak mungkin Din sanggup menyerahkan bulat-bulat motorsikalDucati 848 Evo yang baru dibelinya dengan harga RM 110,00!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience