BAB 1

Romance Completed 2042

“Kau jangan nak malukan aku, Ola ! Belum pernah lagi terjadi dalam keturunan aku, orang perempuan bergelumang dengan segala mak nenek spanar bagai! Kau jangan degil, nanti aku sumbat mulut kau dengan skru-skru ni hah!” Ola menggaru-garu kepalanya.

Tool box yang sudah berserakan dengan muntahan skru dan spanar sekadar menjadi santapan matanya sahaja. Amukan tsunami Mak Eja sebentar tadi menjadi penyumbang utama kepada kecamukan yang melanda kamar tidurnya saat itu.

Ola menyerigai. “Relakslah mak. Janganlah marah-marah, nanti cepat tua, muka pun berkedut seribu nanti.”

Mak Eja membentak. “Kepala hotak kau relaks! Cukup-cukuplah setakat ni aku mengadap perangai kau yang tak semenggah tu. Lama-lama boleh sakit otak aku di buatnya!” Mati kutu Ola. Buntu dia memikirkan cara-cara untuk melembutkan hati ibu tirinya itu agar menerima keputusannya dengan hati yang terbuka.

PON! PON! Skooter Modenas Karisma 125 berwarna merah hati muncul di halaman rumah. Bagaikan tidak cukup tanah Ola berlari-lari ke arah Burn yang sudah siap sedia menunggu di bawah.

“Hei Ola !! Dah berapa kali aku cakap, aku nak naik City, tak mainlah setakat skooter cabuk macam tu!” Tak semena-mena berasap kepala Ola. Pagi-pagi begini hatinya sudah mendidih dek mulut longkang ibu tirinya!

“Mak, kalau mak nak naik sangat City, mak jelah kahwin dengan mamat City tu! Tunggulah tak lama lagi Toyota Alphard Ola sendiri akan menjalar di hadapan rumah kita ni.”

Mak Eja mencebik. “Alphard konon! Kau jangan nak beranganlah! Kerja pun tak ada, ada hati nak pakai Alphard. Nak muntah aku mendengarnya.” Pedih hati Ola. Hinaan Mak Eja terhadapnya tidak pernah berkesudahan.

Laju sahaja mulutnya mahu menyembur semula namun hangatnya sentuhan Burn yang singgah di bahunya seakan menjadi penutup mukadimahnya untuk pagi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience