BAB 5

Romance Completed 2042

Hati masing-masing mula tidak keruan. Rona-rona bahagia sudah mula bercambah di dalam jiwa. Adakah ini yang dikatakan cinta?

“Burn ! Tolong tengokkan kereta aku ni. Enjinnya tiba-tiba mati pula tadi.” Kemunculan Zaman secara tiba-tiba menamatkan kisah cinta yang baru sahaja berputik. Bingkas Burn menuju ke kereta Zaman.

Ola pula berbolak-balik. Hendak ditinggalkan Burn begitu sahaja, kasihan pula dia melihat Burn terkontang-kanting seorang diri.

Sudahnya langkah kaki Ola terpacu semula ke bengkel kereta Burn. Terus dia menuju ke arah Burn dan Zaman. Rupa-rupanya kereta Zaman mengalami masalah dengan ‘fuel injection pump’.

Ola tekun memerhatikan Burn yang sedang berhempas-pulas mengeluarkan ‘fuel injection pump’ yang telah rosak untuk digantikan dengan yang baru. Secebis kekaguman terbit di sudut hati Ola.

Di kala begini serasanya kebanyakan jejaka seusia dengan Burn pasti lebih mendambakan sebuah pekerjaan di pejabat yang berhawa dingin.

Namun nyata sekali Burn tidak kisah dengan pekerjaannya sekarang yang banyak bergelumang dengan kekotoran.

Ya, Burn yang dikenalinya sejak dari zaman persekolahan lagi memang seorang yang komited dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya. Masih segar lagi di minda Ola sewaktu mereka berdua masih lagi berada di alam persekolahan.

Sebagai seorang pegawas Burn di tugaskan untuk mengawal pintu sekolah. Pada suatu hari dia sempat memperbaiki rantai basikal salah seorang pelajar yang datang lewat.

Upah sebanyak 50 sen di bayar pelajar tersebut dengan harapan dia tidak akan didenda. Yang lucunya Burn tetap mencatat nama pelajar tersebut dalam buku kesalahan. Memang terbaik!!

“Hai, tadi beria-ria nak balik sangat. Kenapa patah sini semula? Nampak sangat dia tak boleh berpisah dengan kita.” Rupa-rupanya Ola tenggelam dalam lautan khayalan sehinggakan dia tidak sedar yang Zaman sudah beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience