BAB 1

Romance Completed 28759

Ayden... Wirda rindukan abangnya yang seorang tu. Masih teringat kenangan enam tahun lepas dia tertidur di atas pangkuan abangnya selepas sama-sama menonton filem The Avengers. Akibat cerita yang terlalu panjang, dia terlelap di kerusi. Sekali dengan Ayden.

Tak pulak abangnya kejut dia suruh tidur dibilik. Berdebar rasa hatinya sewaktu tersedar mereka berdua dalam keadaan begitu.

Paginya mereka dikejutkan oleh Puan Laila. Muka ibu pun semacam sahaja sewaktu itu. Tak dapat ditafsir riak wajahnya. Wirda dan Ayden hanya berlagak seperti biasa. Bukannya dia buat perkara yang bukan-bukan. Dan semenjak peristiwa itu, hubungannya dengan Ayden mula menjauh sedikit demi sedikit. Wirda sendiri tak tahu kenapa.

“Jom makan?” Sarah menepuk bahu Wirda dari arah belakang.

Wirda menoleh.

“Dah siap? Jom.”

Mereka melangkah keluar daripada bilik. Waktu sudah jam 12.30 tengah hari. Masa untuk mereka makan tengah hari. Tadi sudah Sarah ajak untuk makan bersama di kafeteria saja.

“Kenapa diam je ni? Selalunya kau yang banyak cakap,” tegur Sarah apabila melihatkan Wirda yang mendiamkan diri sejak pagi tadi. Sudah berjalan hingga ke kafeteria pun Wirda masih monyok seorang.

Wirda menandang wajah Sarah di sebelah. “Tak ada apalah,” jawabnya ringkas. Kemudian pandangannya dihalakan ke hadapan. Buatnya terlanggar orang, bikin hal je.

Sarah masih memandang Wirda. Tak percaya dengan kata-katanya. Selalunya Wirda jadi macam ni kalau dia memikirkan satu benda je. Tentang keluarganya. Dia dah tahu semuanya. Tentang ibu dan abahnya, tentang keluarganya. Tentang rindu Wirda pada abangnya.

Mereka berdua berjalan menuju ke arah meja kosong dengan tangan kanan memegang sepinggan nasi campur. Sarah masih lagi ralit memerhatikan Wirda yang masih mendiamkan diri.

“Kau rindu abang kau ke?” soalnya tiba-tiba. Rasa hatinya yang ingin tahu tak dapat dikawal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience