BAB 12

Romance Completed 28759

“Wirda nak tahu keputusan abang dulu.”

“Kalau abang setuju Wirda setuju?” Ayden mengukir senyum.

Wirda menelan air liur. Kahwin dengan abang? Biar benar. “Ikut keadaan.”

Ayden tertawa kecil. Matanya jatuh ke atas kek yang belum dimakannya.

“Kalau ibu dan abah suruh kahwin masa abang habis sekolah pun abang setuju,” ujarnya. Wirda terpegun mendengarkan kata-kata itu.

“Abang sayang Wirda, sejak kita tidur sama-sama depan televisyen,” ringan mulutnya bercerita. Lepas tu mama dengan papa tegur. Jangan buat macam tu sebab Wirda hanya adik angkat abang,” tambahnya.

Wirda melemparkan pandangan keluar.

“Mungkin diorang perasan agaknya abang dah mula layan Wirda lain sikit. Takut-takut lain pulak jadinya. Sebelum apa-apa itu yang diorang dah basuh cukup-cukup abang.”

Wirda hanya mematikan diri. Tak disangka Ayden menyimpan perasaan terhadapnya sejak mereka bersekolah.

“Susah jugak sebenarnya nak jauhkan diri daripada Wirda. Nasib baik lepas SPM abang dapat masuk kolej. Apa pun boleh terjadi. Dahlah kita serumah,” ujar Ayden dengan senyuman nakal.

Wirda tertunduk malu. Segan tatkala mata Ayden memandangnya dengan senyuman nakal.

“Kita setuju sajalah kahwin, nak” usik Ayden.

Wirda ketawa perlahan. Dia mengangguk. Wirda tahu dia sudah lama jatuh hati dengan abangnya itu. Wirda tersenyum senang.

Ayden menjeling Wirda yang masih tak lekang dengan senyuman. Sangkanya dahulu perasaannya masa sekolah dulu hanya main-main. Tak sangak perasaan itu semakin lama semakin mekar meskipun dia menjauhkan diri daripada Wirda. Lepas ni terpaksalah dia menyewa rumah lain.

Takkan mahu tinggal serumah dengan Wirda selagi belum sah menjadi isterinya? Ayden mengucap syukur di dalam hati. Semoga rumahtangga yang bakal dibinanya bersama Wirda nanti diredai Allah.

Share this novel

fina
2022-05-27 16:30:53 

Helo... Assalamualaikum ...

fina
2021-11-02 15:29:15 

takat ni je ke ceritanya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience