BAB 3

Romance Completed 28759

Walaupun perkara itu bukan perkara yang mudah, dia cuba untuk berubah atas sokongan Sarah. Masih dia ingat perbualannya dengan mama.

“Wirda ini anak angkatkan ibu?”

Soalannya membuatkan riak wajah Puan Laila berubah. Perlahan sahaja Puan Laila mengangguk mengiyakan.

‘Anak ini terasa dipinggirkan ke? Dia dan suaminya tak pernah menganggap Wirda seperti anak angkat.’ Detik hati Puan Laila.

“Kiranya aurat Wirda dengan abah dengan abang Ayden macam aurat Wirda dengan lelaki bukan muhrimlah kan?” Puan Laila terkelu mendengarkan kata-kata yang keluar daripada bibir anak comel itu.

“Iya,” balasnya perlahan.

“Maknanya wajib bagi Wirda untuk menutup aurat depan abah dan abang Ayden, kan?”

Semenjak itu Wirda mula memakai tudung dan baju lengan panjang di dalam rumah. Abah tidak menegur, bahkan dapat dilihat betapa gembiranya abah melihatkan perubahannya.

“Hey! Nasi tu kalau ditenung bukannya boleh habis,” tegur Sarah membuatkan Wirda tersenyum memandangnya. Sarah membalas. Dah boleh senyum, oklah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience