BAB 2

Romance Completed 28759

Wirda tersedak mendengarkan soalan yang keluar daripada mulut Sarah. Terkejut. Macam tahu-tahu je apa yang sedang difikirkannya.

Memang Sarah kawan rapatnya. Sebenarnya sudah banyak hal yang diceritakan pada gadis itu. Wirda menjadikan Sarah sebagai tempat dia mencurahkan isi hati sejak Ayden mula menjauhinya.

“Erm...”

Sarah tersenyum sumbing, Dah agak dah!

“Susahkan jadi anak angkat?” ujar Wirda tiba-tiba. Wajahnya sedikit sedih.

“Keluarga angkat tetap tak sama dengan keluarga sendiri,” tambahnya lagi. Pandangan dialihkan daripada pinggan berisi nasi ke arah Sarah di hadapannya.

“Kalaulah ibu dengan ayah aku masih hidup, kalaulah aku pun turut mati bersama, kalaulah Ayden tu betul-betul abang kandung aku, kalaulah...”

“Wirda, sudah!” tingkah Sarah.

“Kau lupa ke apa yang aku cakap dulu?” tegas suara Sarah menyapa gegendang telinganya.

Wirda menunduk. Tak tahu kenapa hari ini dia terlalu rindukan abangnya. Dan dia seolah-olah menyesali takdir yang ditentukan Allah untuknya. Jika semua ini tak terjadi mungkin dia dalam situasi yang berbeza. Mungkin lebih baik keadaannya.

Arghhh! Dia sudah keterlaluan dalam memikirkan apa yag patut berlaku terhadap kehidupannya.

Sarah pernah mengingatkannya dahulu, ada hadis yang menyatakan, sekiranya kita ditimpakan musibah, tidak sepatutnya berkata, "kalaulah aku itu, kalaulah aku ini,” tetapi katalah: "Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaanNya lakukan", kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.

Berkawan dengan Sarah banyak mengubah dirinya ke arah kebaikan. Dan paling dia tak boleh lupa sewaktu Sarah menasihatinya untuk menutup aurat sebenar-benarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience