BAB 4

Romance Completed 28759

Jumaat itu Wirda sudah bersiap mahu pulang ke rumah dari universitinya. Teruja sekejap kerana perayaan Aidilfitri yang menjelang. Walaupun hanya sekejap cutinya di hujung minggu tetapi ia cukup untuk melepaskan rindu pada ibu dan abah.

Namun abangnya, Ayden mungkin tidak dapat balik.

Hujung minggu itu Wirda pulang ke rumah. Kena pula Isnin cuti sambung cuti. Sebaik sahaja sampai, kereta Perodua Myvi milik Ayden dah terletak elok di tempat parking.

Abang balik! Wirda tersenyum sendiri. Lama tak jumpa abang.

Semenjak Ayden belajar di pantai timur, susah benar nak jumpa. Sudahlah hubungan mereka semakin hari semakin renggang. Kadang tu whatsapp pun tak ada untuk bertanya khabar.

**********

Salam diberi. Dan yang mengejutkannya, salamnya dijawab seorang perempuan yang dia tak pernah jumpa. Manis orangnya. Kurus tinggi. Lembut je air mukanya.

“Ni mesti Wirda kan?” tegur gadis manis itu. Wirda mengangguk. Siapa pulak ni? Kawan abang Ayden?

“Dah agak dah. Ayden selalu cerita pasal awak,” jelas gadis itu dengan senyuman manis. Wirda terpinga-pinga.

‘Ayden selalu cerita? Hmmm sahlah kawan abang ni.’

“Lupa pulak, saya Syuhada. Kawan sekelas Ayden,” Syuhada menghulurkan tangan. Salam bersambut.

“Baru sampai?” tegur Ayden sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dapur. Puan Laila sibuk menyediakan makanan tengah hari dengan dibantu Syuhada.

Wirda mengangguk sebagai jawapan. Dia terkedu melihat kelibat abangnya yang sudah lama tak ditemuinya itu.

“Bila abang balik? Pelik, ibu tak pulak cakap abang ada kat rumah.”

“Malam tadi sampai. Saja, hari ni tak ada kelas, baliklah sekejap. Dah lama tak balik rumah,” balas Ayden.

Kemudian dia melangkah ke ruang tamu. Mahu duduk bersama dengan Abah, Wirda sedikit terpinga-pinga melihat Ayden sudah keluar dari dapur. Baru nak berbual dah pergi. Sampai hati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience