BAB 5

Romance Completed 28759

Malam itu, Syuhada menumpang tidur di bilik Wirda. Boleh tahan peramah juga si Syuhada ni. Macam-macam cerita yang keluar. Dan yang paling tak disangka, selamba sahaja Syuhada menceritakan kisah Ayden yang suka mengusiknya sehinggalah satu hari Ayden melamarnya.

Wirda terkedu. “Melamar?”

Syuhada mengangguk. Kemudian dia ketawa perlahan. “Dia ajak kahwin lepas habis belajar. Dia tak macam lelaki lain. Dia terus ajak kahwin. Tu yang Syuhada tertarik tu,” jelas Syuhada.

Wirda mengangguk tanda faham. Jelaslah sekarang hubungan Syuhada dengan Ayden.

“Wirda memang rapat dengan Ayden ke?” soal Syuhada cuba mengorek rahsia. Wirda tertawa. Masa kecil iyalah. Dah besar ni, abang Ayden sudah menjauhkan diri.

“Biasa macam tu jelah Syuhada. Tak adalah rapat sangat. Lagipun saya ni anak angkat je,” ujarnya merendah diri.

“Itu yang saya risaukan.” Diam.
“Adik beradik angkat tak sama dengan adik beradik kandung. Wirda faham kan apa yang saya cuba sampaikan?”
Wirda sedikit tersentak dengan kata-kata Syuhada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience