BAB 6

Romance Completed 28759

“Saya risau kalau-kalau awak ada simpan hati pada Ayden atau dia yang ada perasaan pada awak. Tambah pulak awak bukan adik-beradik susuan. Kalau Susuan dah lain cerita.”

Wirda mengangguk faham. Ah! Masakan Ayden menyayanginya lebih daripada seorang adik.

“Jangan risau. Kami tak ada apa-apa.” Dan dia juga yakin perasaannya pada Ayden selama ini adalah perasaan sayang seorang adik terhadap abangnya.

Syuhada terdiam. Dia memancang tepat ke mata Wirda. Cuba mencari kejujuran dan keikhlasan di situ. Setelah yakin, dia tersenyum penuh makna.

***************

Makan tengah hari mereka sekeluarga agak meriah. Ayden tak berubah. Masih Ayden yang banyak cakap. Hanya dengan Wirda sahaja mereka kurang berbual.

Tak tahulah di mana silapnya. Mungkin masih teringat kejadian hari itu sebelum Ayden menduduki peperiksaan SPM.

“Jadi ke Ayden nak bawak Syuhada ke bandar?” Encik Adam menyoal anak lelakinya.

Ayden mengangguk.

“Jadi abah. Syuhada ni ha, teringin sangat nak berjalan tengok Taiping waktu malam,” balas Ayden.

“Erm, Wirda ikut sekalilah ya? Takkan Ayden pergi dengan Syuhada berdua je,” cadang Puan Laila.

Ayden sudah ketawa mendengar kata-kata Puan Laila. Syuhada pula tertunduk malu. Merah mukanya. Wirda hanya memerhatikan mereka bertiga. Rasa cemburu terbit di hatinya.

“Tak payahlah Wirda ikut. Lagipun dia kan baru je sampai semalam. Biarlah penat dia hilang dulu,” tolak Ayden lalu memandang Syuhada.

Wirda memandang Ayden tak berkelip. Wajahnya sedikit berubah.

‘Tak suka aku ikut cakap ajelah! Tak payah nak bagi alasan macam tu. Aku belajar dekat Kuala Lumpur je pun.’

Kemudian Wirda menunduk. Tanpa disedarinya, Puan Laila menyedari perubahan riak wajah Wirda.

Petang itu, Ayden membawa Syuhada saja berjalan-jalan di pekan Taiping. Wirda hanya memandang dari jauh memendam rasa geram terhadap Ayden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience