BAB 11

Romance Completed 28759

Wirda menggeleng. “Tak perlulah bang. Janganlah nak seksa diri abang dengan cadangan abah dan ibu,” tolaknya. “Lagipun abang dah janji dengan Syuhada kan?”

Ayden memandang Wirda pelik. “Kenapa tiba-tiba masuk cerita Syuhada ni?”

Wirda menghela nafas perlahan. “Dia cakap semalam abang dah janji nak kahwin dengan dia lepas belajar?”

Ayden ketawa mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Wirda.
“Wirda, Syuhada tu kan sepupu kita. Anak Pak Andak. Dah lupa ke? Kenapa dia cakap abang janji nak kahwin dia lepas belajar?” soal Ayden.

Wirda terdiam. Eh? Yang Syuhada kata semalam? Yang Ayden cakap sekarang? Anak Pak Andak? Dia cuba mengingat.

“Syuhada anak Pak Andak?”

Ayden mengangguk.

‘Apa yang Syuhada ceritakan ni sebenarnya? ‘

“Tak kisahlah Syuhada cakap apa. Dia bergurau je tu. Dia datang rumah pun sebab nak jumpa ibu dengan abah. Sajalah agaknya nak mengusik Wirda. Tak ingat ke masa kecik-kecik dia suka menyakat Wirda?”

Wirda mengangguk tanda faham. Sebenarnya dia sudah agak-agak lupa dengan kenangan zaman kanak-kanak kerana jarang sekali berjumpa. , Hatinya sedikit lega mendengarkan penjelasan Ayden. Syuhada bukan siapa-siapa, dia hanya sepupu.

Wirda mengangkat wajahnya. Diberanikan dirinya untuk memandang tepat ke mata Ayden.

“Abang pulak macam mana? Takkan setuju je cadangan ibu dengan abah? Kalau kita tak kahwin pun, keluarga abang tetap keluarga Wirda jugak.”

“Itu maknanya Wirda menolak?” soal Ayden kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience