BAB 9

Romance Completed 28759

Selama 15 minit di dalam kereta, Wirda hanya mendiamkan diri. Matanya leka memerhatikan luar.

“Kita nak pergi mana?” soal Ayden tiba-tiba.

Wirda mengerutkan dahi.

“Kan abang yang ajak Dia keluar. Abanglah yang buat keputusan kita nak ke mana,” balasnya. Pelik sungguh. Ajak aku keluar tapi tak tahu nak pergi mana?

Ayden mengerling adiknya di sebelah. Berkerut-kerut muka. Comel! Sudah lama dia tak melihat wajah Wirda macam tu. Sejak peristiwa malam tu.

Tak dapat dia lupakan bagaimana ibu dan abahnya menegurnya malam itu. Wirda tetap adik angkatnya! Walau dibuat macam mana pun, adik angkat tetap adik angkat. Ayden mengeluh. Semenjak hari itu dia mula menjarakkan diri dengan Wirda.

“Kita lepak kedai mamak je lah?” putus Ayden.

Wirda mencebik. “Setakat lepak kedai mamak, lebih baik kita lepak kat dapur, Wirda buat air. Jimat pun jimat,” rungutnya.

Ayden tersengih. Ada benar kata adiknya itu. Sesekali Ayden mengerling Wirda di sebelah. Manis bertudung.

Masih teringat-ingat harumnya bau rambut Wirda sewaktu Wirda tidur dipangkuannya. Saat itu dadanya bergetar dan dia tahu dia sayang Wirda lebih daripada seorang adik. Dia yakin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience