BAB 10

Romance Completed 28759

Kereta dipandukan perlahan. Kaki dihayun menghala ke situ. Dua potong kek dan 2 ice lemon tea diminta untuk mereka berdua.

“Wirda apa khabar sekarang?”

Wirda tersenyum mendengarkan soalan Ayden. Macam dah tak ada soalan lain dah. “Sihat.”

“Dah ada special someone ke sekarang?” lurus Ayden bertanya. Dia mahukan jawapan Wirda sekarang. Kata-kata ibu dan abah malam tadi menghantui tidur malamnya.

Wirda tidak menjawab. Kek di atas meja di potong sedikit dengan sudu sebelum disuap ke mulut.

“Wirda tak jawab soalan abang lagi,” tegur Ayden apabila melihatkan Wirda leka dengan kek dan minumannya.

Wirda memandang Ayden. “Soalan apa?”

“Dah ada special ke? Mana tahu bertahun kat Universiti, dah jumpa Mr. Right.”

Sabar Ayden mengulangi soalannya.

Wirda menunduk. Segan mendengar soalan Ayden. Tak ada angin tak ada ribut kenapa tiba-tiba bertanya soalan peribadinya. Sebab malam tadi ke? Wirda resah sendiri. Akhirnya dia menggeleng.

Ayden tersenyum sebaik sahaja melihat Wirda menggelengkan kepala. Syukur! Wirda masih belum ada siapa-siapa.

“Malam tadi abang berbual dengan ibu dan abah. Diorang...”

“Wirda ada terdengar,” pintas Wirda. Ayden tergamam.

Maknanya tak perlulah dia pening nak menyusun kata nak terangkan pada Wirda. Ayden menarik nafas lega.

“So, apa kata Wirda?” berdebar dadanya menunggu jawapan daripada mulut gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience