bab 12-rancangan berjalan

Romance Completed 3141

semalam punya hal pun aku tak habis bengang lagi hari ni rizz tambah lagi satu hal! arghhh!!! benci lah!
jerit surisya didalam hati.
pagi pagi tadi bila doktor kata surisya dah dibenarkan balik punyalah seronok! tak lekang lekang bibir dari senyuman. tapi bila rizz kasi tau mamat sewel ni mau hantar surisya habis berterabur dia punya senyum. selamat gigi ada lagi!
"kau dah siap ke belum kat dalam toilet tu surisya?" soal danish bertalu. tahu benar yang su surisya bengang bila rizz menyuruh surisya balik dengan dia. tapi dah itu salah satu jalan nak mengorat singa mengamuk nak buat macam mana kan?
"kau blah je la dulu, aku boleh balik sendiri la!" jerkah surisya. tak faham faham betul mamat sewel ni! orang kata tak nak tu taknak lah!
"rizz serahkan tanggungjawab dia hantar kau balik rumah pada aku.. so, kau dibawah nama aku sekarang ni faham tak wahai cik Safiyyah surisya?" terangnya panjang lebar. "tak! aku tak faham langsung pon!" bentaknya lagi, kali ni dia terus keluar dari bilik air tu. dia mengenakan skirt kembang dan baju kemeja. disesuaikan pula dengan tudung warna hitam, tambahkan pula dengan cermin mata Bulatnya. fuh! chantek!
"okay jom" ajak danish teruja. surisya mengangkat sebelah kening nya. tak faham.
"nak hantar kau balik la.." jelasnya.
"thanks but no!" balas surisya. dia terus mengambil beg tangannya lalu berpusing ketepi untuk mengambil beg bajunya. "aik? hilang? mana pulak ni... hadoh!" bentaknya sendiri...
dia mendengar seperti ada orang sedang ketawakannya, siapa lagi kalau bukan si danish sewel ni! urgh!
"kau gelak gelak apa? tengok fashoin show ke?" bidasnya. "kau cari beg kan? jom ikut aku. kalau kau tak nak, ‘adik beradik' kau semua aku jual pasar." ugut danish. surisya blur. setelah tiga minit merenung maksud baru la dia faham apa yang danish maksudkan dengan adik beradik. tiba tiba panas pulak rasa! "kau buka beg aku, aku bakar kau hidup hidup!" marah surisya.
terbeliak macam bola terus mata danish. huii perempuan ni... tak boleh gurau langsung! ingat aku nak buat betul betul ke? tapikan kalau dia tu, dia buat betul betul ke tak erk?
"nak bergurau pon tak boleh. dah la,jom nanti lambat sampai." danish mengalah kalau bertengkar dengan dia ni, sampai tahun depan pun tak habeh!
akhirnya surisya menurut juga.mahu telefon nabila, hari ni katanya ada ujian untuk pelajar. tak mahu pula mengganggu kawannya.
dia turun lif bersama dengan danish, tiada apa yang diborakkan . "kau ni memang dengan aku je ke kau macam singa kelaparan? cuba cakap elok elok? boleh lah jugak aku kasi cabury." soal danish memecahkan kesunyian. "haah, memang dengan kau je, sebab aku benci kau" jawabnya jujur. tiada yang terbelit belit. tak faham betul dengan orang bernama danish lukman ni. aku rasakan dah berkali kali aku maki dia secara halus halusan, tapi it nothing! dia tak ada kata apa apa pun. no releks! kadang kadang terpikir juga, dia ni memang tak ada perasaan ke? tak ada rasa kesentapan? huh! ' omelnya sendiri.
"oi! kau tahu tak? ni kali ke tiga pintu ni dah tertutup tau. kau termenung apa? saja je nak ambil kesempatan nak berdua dengan aku kan?" soal danish. sebenarnya, tadi baru kali pertama pintu tertutup. saja mahu tambab perasa. baru la sedap!
surisya tersentak dari lamunan. 'lama sangat ke aku termenung?' omelnya sendiri. dia berjalan terus tanpa mengendahkan danish di belakangnya. malu kena tegur macam tu!. danish tersenyum dari belakang. time dia termenung , sempat juga aku tilik muka dia. hehehe
"hoi! jalan la cepat sikit! terkedet kedet! lembab!" jerkah surisya. tak peduli langsung pandangan orang terhadapnya.
"sekejap la..tak sobar sobarr" balas danish.
malu juga dia tadi, ni kira kali kedua tau tak kena jadi artis ekpress!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience