bab 9- kawan lama

Romance Completed 3141

TIGA minggu sudah surisya dimasukkan ke dalam hospital. keadaannya dijaga rapi oleh pihak hospital dan nabila. yerr lah takut emosinya terganggu.
dalam masa tiga minggu ni sudah berapa kali dia menyebut nama rizz hafizull. pusing nabila dibuatnya. danish pulak panas bila mendengar nama figura tersebut. cemburu lerr tu.
"haish! bosan lah. kau kata minggu depan rizz dah balik? tak sampai pon?" bentak surisya. nabila diam membisu. entah rasa dah berpuluh kali surisya menyebut nama lelaki itu. dia sebenarnya sudah pon menghubungi lelaki itu beberapa hari lepas. katanya nanti dia datang jumpa surisya tapi tak nampak batang hidung pon! huhh janji melayu!.

17.00/5.00 petang.
Danish melihat surisya sudah tidur. mahu dapatkan rehat yang cukup. badan masih lemah. dia duduk di kerusi , sebelah katil yang menempatkan surisya. sepatutnya, surisya sudah boleh ditempatkan di wad biasa tetapi danish yang membantah kuat. katanya nak kan privasi. yang masalahnya sekarang siapa yang sakit? kan?
Tiba tiba telefon yang dipegangnya berdering menandakan ada mesej masuk. laju tangan menekan punat box.

-unknown-
hai, ni danish kan? ni rizz kawan surisya. ermm boleh tak kau tunggu kat bawah hospital? aku ada kat hospital ni. tak tahu no wad.
ps/ nabila yang kasi no kau.

"oohh so ni lah rizz yang surisya dok tanya tu? handsome sangat ke sampai hari hari dia tanya pasal lelaki tu? rasanya aku lagi handsome kot!" omelnya sendiri. selamat la surisya tidur , kalau tak mampus dia ejek aku.

-danish-
okay.
send!

rizz melihat mesejnya dibalas. dia menyimpan fonnya didalam poket. tak sampai sepuluh minit dia di tegur. "hai, ni rizz kan? aku danish." soalnya. ye la kot ni dia. teka je salah tepuk dahi lah! rizz angguk. mereka berjabat sebentar. kemudian laju danish melangkah masuk ke hospital semula. 'ish sombong jugak dia ni... dia ni pakwe surisya?' desisnya seorang .
setelah pintu lif dibuka mereka melangkah keluar. rizz ketinggalan sedikit. danish berjalan laju. protes!.
kemudian, danish memasuki sebuah private room. "ni la bilik surisya, kau masuk kejap je tau! doktor kata tak boleh masuk ramai ramai. nabila ada kat dalam tu jugak. kau pergi la nak tengok dia. ada had setengah jam je." jelasnya berbasi basi. sebenarnya waktu melawat adalah selama 2jam. sengaja danish berkata begitu. tak mahu orang lain yang dapat crushnya !. rizz mengangguk. sedikit pelik. tapi tak mengapalah.
pintu ditolak dari luar.
"assalamualaikum" salam diberi. nabila menoleh kearah pintu. "waalaikummusalam. kau siapa?" soal nabila. 'uisk! boleh tahan weyy lelaki ni. handsome bak ang! tapi kenapa dia masuk sini? salah bilik ke?' gumamnya sendiri. "oh, saya rizz hafizull. kawan surisya. ni kan nabila yang mesej saya tu? sorry sebab tak kenal. hehehe" jawab rizz. nabila melopong. 'what?!!! ni ke rizz? omg handsomenya!!!!! patut pon surisya dok tanya' dia menatap lama wajah lelaki idamannya yang baru kenal tak sampai lima minit. kenal muka ye...
"ermm tak.. ehh ye ye. saya zihara nabila, kawan baik surisya. er... nak saya kejut su ke? bila sampai?" soal nabila bertalu. haih nabila rasa macam nak sumbat mulut sendiri dengan cili.. dah tau rizz balik malaysia hari ni. komfemm la dia sampai hari ni! huh! angau.
"saya baru je sampai tadi, btw macam mana dengan surisya? dia okay? no, tak payah kejut dia." tuturnya lembut. 'uisk! cantik je dia cakap .lemah lembut. tapi tersangkut sangkut. gugup ke?' omel rizz sendiri. terpesona seketika melihat rakan kepada surisya ni. wajahnya sedikit kembang. tapi badan dia kurus.muka dia putih berseri. ada sedikit tahi lalat diwajahnya. dari tad8 dia terpegun. tapi cuba untuk dikawal.
"yeah, she fine now. dia tengah rest dulu. aku taknak dia strees. kau nak tengok dia kau tengok je la dulu, aku nak solat asar. anything just call me okay?" .rizz mengangguk. nabila mengambil langkah keluar dulu. keluar sahaja dari bilik itu, terjembul wajah danish di tepi pintu. nampak benar risau dia tu. "kau kenapa? risau pasal rizz eh? tak payah risau lah pasal tu, dorang tu dah macam adik beradik.tak mungkin ada perasaan suka sesama dorang. kalau tak disebabkan rizz tu, mungkin dia takkan jadi surisya yang sekarang tau. kalau nak dia pikat la hati dia macam dulu. cuma bezanya dia tak ingat kau la. hahaha ." terang nabila. dia tahu danish cemburu bila rakannya itu selalu sebut nama rizz. bila keluar je nama lelaki itu, terus danish menghilangkan diri dari pandangan. apatah lagi kalau rizz datang depan mata. mesti danish rasa dicabar. “apa yang rizz tu buat sampai surisya tu jadi tegas? kuat sangat ke hubungan dorang?" soal danish. 'tiba tiba rasa nak tahu pulak hubungan surisya dan rizz keris tu!’omelnya geram.
"macam ni lah, aku solat kejap. pastu kau tunggu aku dekat kantin. aku story semua. ehh?" cadang nabila. danish angguk setuju.
setelah setengah jam menunggu akhirnya nampak jugak batang hidung nabila.
"hahh! cepat la cerita. kalau kau cerita semua. aku belanja semua yang kau makan harini." tutur danish laju. "uish! betul ni? tak menyesalkan?" soal nabila meminta kepastian.
danish angguk.
"okay, sebenarnya, surisya ni kenal rizz tu dalam 4 tahun lebih macam tu, dorang kenal time surisya lari dari rumah. sebab ada masalah family. rizz ni yang pujuk surisya balik rumah. kalau kau nak tahu, su hampir bunuh diri dekat banggunan lama. rizz jugaklah yang selamatkan dia. since dari situ. surisya luahkan apa yang dia rasa bila ada masalah. bila dia tertekan, and bila dia serabut.Rizz ni aku tak pernah tengok muka dia. su pun tak pernah kasi chane aku jumpa dia. parenta su tak pernah tahu tentang rizz. aku je yang kenal rizz time tu selain dari surisya. rizz ni kaya jugak, dia anak dato' tak silap aku. surisya ni, walau ada kawan dia kaya raya pun dia still tak pernah ambil kesempatan. pernah oneday ni, surisya dah start keluar pergi jalan jalan ke mall. rizz dapaf tahu benda ni, terus dia pergi cari su, and bawak balik . ibu bapa rizz kenal dengan surisya. dorang pon dah anggap macam anak sendiri dah pun. seminggu sekali su akan pergi ke rumah rizz. bila su dapat tawaran belajar dekat london, dorang terus lost contact. aku tak tahu lah macam mana, since seminggu lepas dia asyik tanya pasal rizz tu. sebab tu la aku cari rizz ni, aku rasa, dengan adanya rizz emosi dia lebih terkawal. kau takyah risau. su dah anggap dia macam abang kandung dia sendiri. and dorang tak pernah bersentuh tangan pon. su ni dia memang tak diasa bila orang bukan mahram pegang pegang dia. so, sebab tu dia tak suka, i hope you get it?" jelas nabila panjanh lebar. dia tak mahu ada yang terasa hati dengan hubungan surisya dan rizz. danish mengangguk.

SETELAH menjelaskan semuanya kepada danish, mereka berdua memasuki hospital semula. rasanya hampir sejam dia disoal jawab danish.
masuk sahaja ke bilik yang ditempatkan surisya mereka melihat rizz masih setia menanti surisya.
"ehh rizz, kalau nak kejut surisya tu kejut je la.. lagipun dah nak pukul enam ni, dia tak solat lagi tu...lepas mandi tadi dia terus tidur." ujar nabila sambil meletakkan makanan yang dibungkus tadi di meja yang disediakan. tangan surisya disentuh. "surisya, babe bangun. kau tak solat lagi ni... dah nak pukul 6 dah su... wake up su, tengok lah siapa datang ni.." tuturnya lembut. dikaliskan pandangan sekilas ke rizz yang tersenyum. pelik.
surisya terasa seperti tidurnya diganggu. dibuka sedikit matanya. danish tersenyum sedikit 'haih! comel lah dia ni..' desisnya. surisya mula menjelaskan kedudukannya. baru dia teringat,lepas makan ubat tadi dia terus tertidur. "hemm? dah asar ke? siapa datang?" soalnya mamai. bibir nabila dijuih ke depan. surisya memandang kesebelah. terbeliak matanya melihat figura tersebut yang tersenyum manis. "hye girl.. aku dengar ada orang tu rindu aku? betulke?" soal rizz menduga. "omaigod! rizz!! aku rindu kau gila weyy! bila balik malaysia? tak bagitau tahu pon." tuturnya dengan nada terkejut.matanya ditenyeh beberapa kali, pipi nya dilempang perlahan. "heyy, jangan la lempang pipi tu, tak sakit ke? its me lah. nabila yang contact aku. dia yang bagitau keadaan kau... dah lama dah aku contact dengan nabila ni.. so, aku balik lah malaysia bila nabila kata kau down. girl, are you okay? have a story to share? just let me know.." tuturnya lembut. kalau insan dihadapannya boleh dipeluk, ingin sekali dia berbuat begitu, tetapi mereka bukan mahram.. nabila menjeling danish, memberi isyarat supaya keluar dahulu, memberi ruang kepada surisya dan rizz bercakap. danish paham akan isyarat itu lantas terus dia dan nabila keluar. tapi danish masih berada di tepi pintu tersebut. masih mahu mendengar apa yang mereka kata kan. kot kot lah mengumpat dia ke!

"aku mintak maaf kalau aku susahkan kau rizz.... memang aku rindu kau.. aku tak tahu lah, aku strees! sejak dua menjak ni aku asyik teringatkan apa yang terjadi dekat aku tiga tahun lepas... aku jadi bengang. bila aku keluar aku selalu terbayah muka orang tua tu! aku benci dia! dia punca semua! orang tua tu bodoh! manusia bertopengkan syaitan!.. isk..isk.." habis dihambur semuanya di hadapan rizz. rakan yang mendengar semua masalahnya. "su... tak baik cakap macam tu..dia tu atuk kau. kau kena ingat allah. dia yang menentukan semua perkara... look, kalau aku kat tempat kau pun aku marah, aku geram... tapi kau kena fikir satu perkara ni, tuhan takkan uji hambanya diluar kemampuan. allah uji tanda allah sayang, so please, jangan dengar hasutan syaitan.satu benda lagi aku nak cakap, bila ada masalah jangan campur adukkan dengan orang yang tak salah, tak baik. boleh surisya?" lembut teguran rizz itu menampar lembut telinga surisya. jujur, bila dengan rizz dia rasa beban yang dia tanggung terasa ringan walau tak pernah berkurang. rizz betul, dia tak perlu dengar hasutan syaitan itu. berdosa. surisya tersenyum sekali gus menganggukkan kepala. matanya tak lekang dari memandang wajah yang pernah menyelamatnya dari terlalai dengan dunia dahulu.. "kenapa pandang aku macam tu? handsome sangat ke aku ni? aduhh! susahlah kalau handsome sangat ni" guraunya. surisya sudah ketawa. baru ingat nak fell sedih, terus dia buat lawak.aduhh! "hahahaha eiiyy perasannya kau ni! siapa kata kau handsome? propa je!" tipunya, padahal memang betul pon. rizz makin handsome sejak dia pulang dari dubai. wajah nya sedikit bujur, keningnya cantik terletak. bulu matanya panjang dan lentik, rambut yang bewarna hitam perang yang dipotong kemas. jambang tu adalah sikit tapi tak adalah macam pakarab. badan tinggi dan berotot.
"ermm.. aku nak tanya kau something ni.. tapi malulah!" tuturnya perlahan. "apa?" soal surisya. "ermm perempuan yang pipi pau tadi tu siapa? comel siot dia. so... boleh tak kau... kenalkan aku dengan dia?" mintanya perlahan lagi.. surisya gelak tak ingat dunia. rizz tersenyum malu, "ehh? kau kenapa? aku mintak kenalkan je pon. tu pon tak boleh.." rizz mengendurkan suaranya. surisya mula meredalan tawanya. kesian pulak kena gelak dengan perempuan."kau ni... kalau nak kenal kenal tu boleh je.. tapi,tak silap aku dah tiga orang kat sekolah tempat dia mengajar tu suka dia tau! kau sanggup ke jadi yang keempat?"soalnya menguji. "macam ni, kalau kau boleh dapatkan dia untuk aku, aku belanja kau cabury satu peti ais. boleh?" rizz memujuk.. "tak nak! rasuah!" tentang surisya."okay, kalau macam tu, aku tambah lagi dengan sepuluh kotak daim. nak tak?" rizz yakin kali ni surisya takkan menolak punya. surisya sudah menelan air liur. 'uisk! daim dohh! aku nakkk. sorry nabila aku terpaksa setuju' omelnya sendiri. "nak nak nak nak nak! pastu aku nak kau belanja aku shooping lepas aku keluar hospital boleh?" duga nya. "heh kau ni! haa... ye lah yelah! tapi sebenarnya kau nak masuk watson kan? aku tahu lah! make up dah habislah tu!" balas rizz diikuti gelak ketawa mengejek. surisya tersenyum malu. macam tahu tahu je! "hahahahahahagahaha tq rizz.. nanti aku deal sampai kau kahwin dengan dia tau! sayang kau!" usik surisya. rizz mengangkat ibu jari. "wey, lelaki yang tadi tu siapa sebenarnya? pakwe kau ye?" tekanya. surisya sudah berubah mood. matanya dijulingkan terus ke atas. "erm... dia tu yang tolong hantar aku kesini." jawabnya acuh tak acuh. "ai ai ai... jangan jeling sangat, kang kau jugak kau suka!" usik rizz pula. "kau tak kesah ke dia asyik kacau aku? aku ingat kau nak tumbuk muka dia." jawabnya geram. "selagi dia tak buat kau merana dan tersiksa zahir batin kau, aku okay.lagi pun aku tengok dia baik.solat pun macam tak tinggal je." kata rizz. surisya diam tak berkata. malas nak ambil port dengan dengan mamat sewel tu.

DANISH dengar semua yang surisya dan rizz bualkan. betul kata nabila, rizz ni seumpama ubat yang mampu menenangkan hatinya. terasa dirinya seperti diabaikan pula. dia tersentuh apabila mendengat luahan hati surisya tadi, benar, hati seorang surisya telah menyimpan banyak penderitaan. jika dia diberi peluang untuk memiliki hati itu pasti dia akan jaga bak sebuah permata. tapi apakan daya... sudah ada yang menjaganya dahulu.
bunyi pintu dikuak mematikan lamunannya. "ehh! ermm kau nak makan ke?" soal danish. "tak, nabila dekat mana? nak suruh dia tengokkan surisya solat. aku nak pergi solat dekat surau. " owh, takpe itu biar aku nak setel, nabila pergi ambil baju surisya . rizz mengangguk. "ermm.. tapi ingat, kau jangan pernah sentuh dia, faham? kalau suka tu masuk je la meminang. aku tak kacau lah." kata rizz sambil menepuk bahu rizz beberapa kali dan berlalu pergi. 'dia tahu?"soalnya sendiri.

Danish masuk kedalam. "ermm.. surisya, nabila suruh saya tengokkan awak solat. biasanya dia lapkan awak je. awak nak saya buat macam tu jugak ke?" soal danish ragu. surisya tersentak sedikit. "err.. tak payah lah.biar aku ambil dekat toilet je" jawabnya dan diberikan sebaris senyuman buat danish.danish terkaku sekejap. huh!crush aku senyum kat aku guys!! jeritnya dalam hati.
"takpela macam tu saya pimpin awak ye? badan awak masih lemah lagi ni.."cadangnya. surisya mengangguk lagi. aik? tadi aku dengar bukan main rancak berborak dengan rizz ni bila dengan aku pendeknya cakap? omelnya sendiri...
" kau dah solat ke? atau nak solat sekali?"soal surisya. "eh takpe saya dah solat tadi, biar saya teman awak ehh?" balas danish. surisya diam.
surisya berjalan perlahan lahan ke bilik air. danish hanya mengikuti langkah surisya dari surisya. yelah! dah tak boleh pegangkan?

Selesai solat surisya membuka telekungnya dan tiba tiba "kriuk-kriuk"
surisya menepuk dahinya. danish tersenyum penuh makna."awak tak makan lagi ke?"soal danish prihatin. surisya mengangguk. "ermm tak pelah. mehh sini saya suap awak. tadi saya ada beli keow tiow goreng basah dekat awak. makan ye?" kata danish lembut. surisya angguk sahaja. malas nak cakap banyak. dahlah fav aku tu.
danish mengambil makanan yang dibeli tadi. dibuka dan dituangkan keatas pinggan yang disediakan.
"aaaaa... nganga.." kata danish. surisya membuka mulutnya. "sedap tak? awak tahu tak ni saya yang masak sendiri tau!" ujar danish. "nak menipu tu logikla sikit" balas surisya. "betullah! saya yang masuk dapur dikantin tu dan masakkan untuk awak. saya pakai resepi ibu saya." jawabnya jujur.'dia ingat aku tak reti masaklah tu' ngomelnya sendiri.
"kau pernah kata yang kita ni sekampung kan? kenapa kau duduk kl jugak? tak jaga parents kau ke?" soal surisya lagi. "tiga minggu sekali saya akan balik sana. tapi since kau kat sini, aku tak balik lagi la. takut apa apa jadi pulak nanti." jawabnya. surisya buat tak layan. handfone ditangannya dibuka dan dia membuka aplikasi whatsapp. bukan tengok apa pon. saja je main. "kenapa kau baik sangat dengan aku? kau suka aku?aku mintak maaf danish, aku taknak kau sakit.thats all." jawabnya jujur. danish sedikit sentap dengan ayat itu. tapi cuba berlagak biasa. "yes aku suka kau. kalau kau beri aku peluang, aku akan jaga kau macam permata. aku takkan lukakan hati kau. aku akan lindungi kau." surisya terdiam apabila mendengar kata kata itu. "hidup aku tak sama macam hidup orang lain. aku ni lembik aku ni banyak masalah. bukan sekadar nak jaga hati kau je, aku nak cuba untuk jaga hati aku jugak. aku dah penat dengan semua yang aku dapat sebelum ni. keluarga aku bermasalah. kau sanggup ke nak terima?" ujinya. jujur, dia dah penat drama hidup seperti ini.

"HAI yalls! buat apa tu? kau dah makan ke? danish , kau suapkan surisya ye?..." soal surisya dengan suara meleret. sebenarnya sudah lama dia berada di depan pintu selepas rizz keluar.dia pula baru sahaja sampai. bila nampak danish dan surisya ada di dalam dia berniat mahu curi dengar. yelah! bukan senang tau surisya ni nak 'berdamai' dengan danish. asyik nak perang je. bila dengar kata luah dari mulut surisya tadi dia terus menerpa masuk. tak mahu fikiran surisya terganggu. "haah... aku suap kan dia, perut dia lapar sangat dah tadi. aku balik dulu lah ye, esok aku tak datang sini melawat surisya, aku ada hal. if anything happen just call me... if you want la.." kata danish sayu. nampak sangat ayat jauh hati tu. haih! surisya pon satu, bukan reti nak jaga hati orang.
"nabila,nanti teman aku jumpa mama boleh tak?"
soal surisya.
"are you serius?" soalnya yakin.
surisya mengangguk.
"okay..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience