bab 25- dinner

Romance Completed 3141

"Morning bos" tegur mia merangkap P.A danish.
"Morning mia.. So, saya ada apa pagi ni?"
Soalnya bersemangat. Mana tak semangatnya. Pagi tadi dapat cium isteri!
"Today boss ada meeting dengan dato syuk. After that you free..itu saja. Wanna some coffe?"
"No needed. You can go now" tolaknya lembut. Mia ariana mengangguk dan keluar dari bilik milik danish itu.
Danish menyandarkan tubuhnya dikerusi sambil mulut masih tak lekang dari senyuman. Macam ni agaknya bila dah berkahwin.
"Amboi... Bro, orang lain kahwin jugak. Tapi tak ada la sampai macam ni. Tak lekang senyum tu" usik aiman. Pekerja merangkap kawan baik danish sejak diU lagi.
Danish tersedar dari lamunannya.
"Sebok la kau...yang dah kahwin je rasa. Kau nak tahu pergi la kahwin dengan sally tu" gurau danish.
"Dia pergi UK minggu lepas. Tahun depan dia balik kot" balas aiman. Riaknya kecewa.
"Tabah la man... Kalau kau taknak dekat dia better kau break je. Taknak la kau monyok je. Nanti habis kerja aku tunggang langgang" aiman mencebik.
"Hahh ni aku nak tanya kau pulak, macam mana dengan bini kau? Okay? Sorry dowh aku tak dapat datang majlis kau"

"Its okay. Kami macam biasa la... Happy je. Cuma aku tengokkan, surisya tu macam banyakkk sangat simpan rahsia tau. Aku tak tahu nak cungkil macam mana" keluh danish. Pen diatas mejanya digesel gesel ke permukaan meja.

Surisya mengemas ngemas bilik tidurnya. Bosan pula bila tak buat apa apa ni. Nak ajak berborak, ibu mentuanya keluar ke pasaraya. Sudah diajak tapi ditolak. Hmmm
"Keluarlah" fikirnya sendiri. Dia bangun lantas pintu almari utama itu dibuka. Badan dijengketkan sedikit untuk memilih baju. Almaklumlah pendek! T°T . baru saja dia mengambil sehelai baju, terjatuh sebuah album kecil yang tersimpan dari atas. Rasa ingin tahu mula menggelonjak. Album itu diambil dan dibuka .
"Baru je lagi album ni" gumamnya sendiri.
"Danish?" terkejut rasanya bila terpampar danish dan seorang wanita yang mengenakan t-shirt lengan panjang, seluar ketat dan baju singkat sehingga menampakkan perutnya. Wajah itu diamati.
"Qisha?" terkeluar nama itu dari mulutnya sedangkan dia masih belum memastikan sigerangan.
"Sayanggg?" panggil danish dimuka pintu. Cepat cepat dia menyimpan semula album itu namun cepat saja danish menangkapnya.
"Hemmm...don't care about that. Thats a past." tangan surisya diraih lembut.
"Kalau aku tanya, kau boleh jawab dengan jujur?" soal surisya.danish mengangguk.
"Tapi jangan ingat aku cemburu or what. I am just want to know"
"Apadia sayang?" soal danish pula lantas hidung isterinya dicuit. Surisya menjeling.benci!
"Sebenarnya apa hubungan kau dengan qisha? Dia bini kau ke?" soal surisya tegas.
Danish mengeluh. Nampak sangat mahu lari dari soalan.
"Fine... I am telling you a true. But janji dengan saya, jangan cemburu yee lepasni?" usik danish lagi.
"Takde masa!"
"She's my girlfriend dulu. Dan kami pernah bertunang. Dah nak kahwin dah pun... Tapi dia lari dari majlis sebab dulu saya pekerja bawahan orang." ceritanya panjang. Terbit satu keluhan dari bibirnya.

"Kau suka dia lagi?" danish menggeleng.

"Untuk apa saya sukakan someone yang hanya sukakan pada harta saya? Lagi pun saya dah ada awak. So its enough for me" ujarnya tulus. Surisya terusik sedikit dengan ayat danish itu.

"Kenapa awak tanya?"

"Sajalah. Dah lah aku nak masak" baru saja surisya mengangkat langkah menuju ke pintu, danish sudah merangkulnya dan meletakkan diatas tilam.

"Kau...kau nak buat apa? Aku nak masak la"

"Its okay, kita oder je...lagi pun mama makan dekat luar"

"Kaseh? Adam?"

"Dorang keluar"

"Ish! Kau jangan macam macam erk..aku sepak kau kang" cuak dia berkata kata. Tak tahu nak buat rection apa lagi.. Cuak habis dah ni...
"Sayang....kita pergi honeymoon nak?" ajak danish yang masih duduk disebelah isterinya. Namun tangan mengunci pergerakkan isterinya agar tidak kemana mana.
"Honeymoon? Tak naklah!" tolaknya mentah mentah.

"So, kalau kita honeymoon dekat sini pun sayang tak kesah kan?"

"Eiii kau melalut apa ni? Pergi mandi la. Busuk tau tak?"

"Bila awak bersedia?"

"Apa?"

"Do your responsibility as a wife?"

"Aku dah cakap sebelum ni kan? Aku.tak.reti.dan.tak.akan.jadi.isteri.mithali" katanya satu satu.

"Kita start dari mula?"

"Tak nak! Aku tak suka! Kalau kau nak anak sangat pergi la kahwin lain. I.don't.care!"jeritnya lantang.terhinjut bahu danish mendengar jerkahan isterinya. Salahlah dia sebagai suami mahu memperbetulkan apa yang salah? Berdosakah dia? Haih.

" saya minta maaf. Saya janji takkan cakap lagi pasal ni"

"Dah lah. Saya nak keluar"

"Pergi mana?"

"Masuk zoo"

Tergelak danish mendengar jawapan isterinya itu.
'Kriuk kriuk'
"Awak lapar? Jom kita pergi makan?" ajak danish. Surisya berfikir sebentar kemudian dia menganguk. Nak masak malas pula, lagi pun dua orang je...

"Awak siap siap lepas tu saya tunggu awak dibawah ye?" surisya mengangguk lagi. Entah saka apa yang masuk kedalam badannya. Selalunya asyik melawan je..

Baju blouse hingga paras lutut itu menjadi pilihan kemudian dipadankan dengan sehelai tracksuit. Dilengkapkan dengan tudung bawal hitam. Tak lupa sebingkai cermin matanya. Sling bag diambil dan diletakkan pada badan. Perfecto! Kemudian dia turun ke ruang tamu dan berdiri dibelakang danish yang sedang tekun melihat sesuatu pada telefon bimbitnya.
Surisya memanjangkan lehernya melihat apa yang tertera pada telefon bimbit itu.

-restorant five star. Two couple seat.-

"Restorant five star?" gumam surisya.
"Ehem ehem!" sengaja dia berdehem untuk menyedarkan suaminya itu.

"Sayang dah siap?"
Surisya mengangguk.

"Lets go! Tapi...sebelum tu. Sayang kena pakai ni dulu" ujar danish lalu close eyes design bear itu dilekatkan pada mata isterisya.cermin mata bulat ditanggalkan. Surisya terkaku terkedu. Dia nak bawak pergi mana ni?

"Ish kenapa ni? Asal nak tutup tutup mata? Ni cermin mata akuu" rengusnya.
Tergelak danish mendengar rayuan isterinya itu.

"Saya nak culik awak sekejap. Dah awak taknak honeymoon kan? Ingat.. Jangan cabut yee. Kalau tak nanti saya cium awak"

Terdiam surisya. Terasa seperti danish memegang kuat tangan kirinya manakala tangan kanannya memeluk pinggang surisya. surisya pula hanya mengikut sahaja. Kang tersilap langkah mahu terjatuh.

"Kasut aku?"

"Tak apa, saya pakaikan.. Awak nak pakai yang mana?"

"Kasut mana mana jela"

Sepasang kasut tumit rata disarungkan pada kaki isterinya. Kini ketinggian mereka hampir sama.

"Tingginyaaa" getusnya. Dah la mata tertutup lepas tu kasut bapokkk tinggi.

Dengan berhati hati danish memimpin isterinya masuk ke dalam kereta. Kemuadian dia pergi semula ke muka pintu untuk mengunci pintu dan pagar rumahnya. Tempat pemandu diambil. Surisya disebelahnya yang berdiam diri itu dipandang. Ditilik dari dahi, pipi hidung mancung dan berakhir di bibir munggil itu. Memang tebal asli! Perlahan lahan dia mendekati wajah isterinya. Sehingga tiada lagi jarak antara mereka. Hampir saja dia ingin menyatukan bibir...
"Manalah mamat gila ni... Dia nak bawak aku gi restorant lima bintang tu agaknya. Tapi dia tak ada cakap pon! Hermm semaklah natang ni... Aku cabutkang tak pasal kena cium pulak! Ergghh!"bebelnya sendiri. Danish yang dari tadi mendekatkan jarak antara mereka mengemamkan bibirnya dari mengeluarkan tawa. Apalah bini sorang ni. Ada dikatanya macam tu?
Enjen kereta dihidupkan kemudian kereta melucut pergi dari kawasan perumahan.

Kereta diparkingkan pada parking lot yang disediakan itu. Enjen dimatikan dan seatbleat ditanggalkan dari badan. Dikilaskan muka pada isterinya yang masih terjaga itu. Memang tak tertidurla dengan keadaan macam tu...

" kita dah sampai ke danish?"
Tiada respond. Danish hanya mendiamkan diri. Mahu menilik lagi wajah isterinya itu.

"Danish?"

"Aku turun kang" ugutnya. Surisya sudah ketakutan. Bimbang dirinya ditinggalkan sendirian disitu. Dalam kereta tadi pun danish hanya mendiamkan diri.

"Danish...jangan la buat macam ni.. Aku takut lah. Tak lawak la bangang" rintihnya sendiri. Dia semakin cemas. Peluh juga sudah hampir pecah.

Danish yang melihat surisya seperti tidak senang duduk itu mula risau. Dia keluarkan dari kereta dan membuka pintu belah surisya. Surisya sudah kelihatan lebih tenang. Nafas dihelakan.

"Jom?.." ajak danish romantis. Surisya mencari cari huluran tangan itudan mencapainya. Dia keluar dari perut kereta dengan berhati hati.

"Are you ready darling?" bisik danish. Surisya mengangguk perlahan. Penutup mata itu dibuka perlahan lahan.
"Suprise sayang... Its for our married."
Terharu surisya mendengar bait bait ucapan suaminya itu. Laju air matanya turun.
Mereka berjalan menuju kemeja yang telah ditempah danish. Memang hanya ada two couple seat saja disitu.

"Erm...thanks" ucapnya pendek.

"Syuuuu.... Don't cry... Saya tak suka la tengok girl menangis. Rasa nak menangis sekali tau!" gurau danish.
"Do you like it?"

"Yes ofc"

"Good...saya ingatkan awak tak suka... Saya minta maaf sebab selalu push awak to be a good wife for me. I am sorry because i always push you to do your responsibility. I promise i won't say about that again. Saya just nak kita jadi husband and wife macam orang lain. No secrets beetwen ours. No bad feelings. Saya minta maaf... I know you hate me surisya... I know that. Cuma saya harap kita takkan berpisah? Saya taknak jadi orang yang paling bodoh lagi.. Awak tahu? Since kita kahwin la saya kenal balik apa itu erti gelak tawa, apa itu ertinya bahagia. I.love.you" panjang lebar danish meluahkan isi hatinya. Tak mahu lagi berselindung.

"A..aku..tak boleh jadi wife yang baik untuk kau danish... Aku ni sakit. Aku bukan macam orang lain"

"Tak perlu jadi macam orang lain sayang... Just be your self. Saya taknak surisya yang fake. Saya sukakan surisya yang sekarang walaupun ganas sikit" tutur danish diikuti gelak kecil dihujungnya. Surisya membesarkan matanya tanda protes.

"Aku ganas ke?"

"Saya... Boleh tak kalau lepas ni biasakan diri bahasakan saya awak? Or abang sayang ke?" usik danish.

"Taknaklah! Aku dah terbiasa macam ni."

"Habis tu, nanti kalau depan mama papa awak nak berkau aku juga?"

"Kalau depan mama papa, aku panggil kau awak saya lah. Aku taklah kejam sangat!"

"Its not fair. Awak je yang dapat kepuasan. Saya?"

"Apa? Apa yang puasnya?"

"Awak je la yang puas or selesa bahasakan tu. Tapi not for me... Saya tak selesa la berkau aku dengan bini sendiri. Its feel like saya bercakap dengan lelaki je"

"Anggaplah saya lelaki...easy"

Terbeliak mata danish mendengar itu.
"Habis? Nanti kalau soal nafkah batin tu macam mana kalau saya anggap awak lelaki? Lagipun memang tak boleh... Badan awak tu aummm sangat"

Surisya terdiam. Aduh! Menyesal pulak cakap. Kan dah tak pasal benda yang tak sepatutnya keluar. Berona merah muka surisya ketika itu. Danish sudah gelak tak ingat dunia.

"Saya gurau je la sayang... Btw, awak makan apa ye? Body awak tu sumpah cantik giler. Memang umph! Cuma tulah! Saya tak berkesempatan" semakin galak danish mengusik.

"Aku makan pinklady. Aku ada buat bisnes pinklady.lagi pun saja je nak try online bisnes. Aku bosan dekat rumah" jawabnya jujur. Memang betul dia mengamalkan product itu. Itupun dia ternampak iklan di wall ignya. Katanya dapat mengikat hubungan suami isteri...jadi dia cuba sajalah. Tak tahu pula dah nampak perubahannya.

"Wahh! Good2! Nanti awak repeat lagi ye? Saya belanja!" ujar danish bersemangat.
Surisya sudah tersenyum malu.
Makanan yang terhidang itu dimakan dengan berhati hati. Akhir sekali, sebagai pencuci mulut mereka memilih strawberry waffer icecream. Nak tergelak melihat cara makan danish. Memang makan jenis ambil satu satu ke? Orang makan cara sandwich.

Selesai saja makan malam, mereka keluar dari restorant dan terus mahu pulang. Tetapi kata danish, dia panat pula. Tak tahulah itu alasan atau memang betul betul.
"Alah...bawak je la slow slow. In sya allah dapat sampai dengan selamat."

"Saya memang tak larat betullah sayang..kepala pun pening pening je" ujarnya lemah.

"Mehh sini kunci. Biar aku yang bawak kereta"

"No tak boleh. Awak tak tahu punkan jalan nak balik"
Surisya terdiam. Betul. Dia memang tak tahu. Kan tadi mata kena tutup.

"Dah tu macam mana ni?"

"Kita check in hotel dulu boleh tak? Esok kita balik? Saya pening sangat ni." rayunya.
Lama dia mendiamkan diri kemuadian dia mengangguk. Nak naik grab, macam tak ada je. Lagi pun depan ni rasanya ada hotel.

Kereta dibiarkan disitu. Kemudian dia memimpin danish ke hotel itu. Masuk saja hotel. Dia pergi ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar. Danish dia letakkan dulu di sofa itu.

"Tak ada two bed ke?"
Pekerja itu menggeleng.

"Tak ada puan. Dah full"
"Okay la kalau macam tu. Bagi je la yang mana kosong" ujar surisya malas. Sebenarnya dia yang takut nak tidur sebilik dengan danish. Nak tidur lain lain bilik nanti takut jadi apa apa pula dekat danish tu. Kot kot mati mereput dalam tu ke kan?

"Danish, jom. Kita ketingkat atas" ajaknya.
"Hmm? Oh hermm" dengan sedaya upaya dia bangun dan cuba berjalan. Tak tahu kenapa lain macam dia punya pening kepala kali ni. Sebelumni dia memang susah nak pening kepala. Pelik lah! Lepas tu pening time tengah dating pula tu.. Haish!

Surisya membuka tombol pintu itu. Tubuh danish dipimpin berhati hati. Pinggang suaminya itu dipeluk. Risau akan tumbang atau jatuh. Tak ke naya?
"Baringlah" ujar surisya prihatin. Danish hanya menurut.
Rasa katil dekat dengannya, dia terus merebahkan tubuhnya sebelum sempat surisya melepaskan pelukan dipinggang suaminya itu. Surisya terbaring disisi suaminya itu. 'Nasib tak terpeluk macam dalam drama' getusnya sendiri. Dia cuba bangun dari katil. Kemudian dia memperbetulkan kedudukan danish. Kaki suami itu diluruskan diatas katil. Kasut sport ditanggalkan disimpan elok tepi dinding. Begitu juga dengan kasut nya.
Dia mencekak pinggang sambil mata memandang danish. Kelihatan memang sakit sungguh!

"Mana aku nak tidur ni? Ah bedal je la dekat lantai pun" katanya sendiri. Bantal diambil dan baru saya dia ingin meletakkan kepalanya...
"Sayang....kepala saya pening sangat" terdengar suara danish mengadu.
Terbit pula rasa kasihan.
Dia bangun semula dan duduk disisi katik itu. Dahi suaminya dipicit picit berharap peningnya cepat surut. Kalau tak. Siapa nak hantar dia balik esok?
"Kau nak air?"

"No need"

"Hmm kau nak apa apa lagi ke? Kalau tak ada aku nak tidur ni"
Tiada balasan.
Seminit kemudian..
"Here...please stay here" ujarnya lemah.
Terbit keluhan dibibir munggil itu.

Akhirnya dia membuat keputusan tidur juga dia sebelah suaminya. Lagi pun dia mamai kan? Tak buat apa apa punyaa...

Bantal diambil dan kepala diletakkan keatas katil. Tak sampai beberapa saat dia sudah terlelap.

2.45pagi
Danish terjaga dari tidur. Berat dikepalanya semakin kurang. Dia mengambil telefon dibimbitnya dan dilihat waktu.
"Dua pagi?"
Kepala dialihkan kesebelah. Terbit sebaris senyuman di bibir.
Begitu polos wajah surisya ketika itu. Bersih dan cantik tanpa secalit cacat cela. Wajah yang dulu pernah diakutuk,keji dan hina sewaktu bangku sekolah.
Kepala wanita itu diusap perlahan.
Mata nya menjamah bibir tebal wanita itu. Bibir yang dulu senyap kini petah berkata tanpa henti.
Rambut panjang paras pinggang itu ditolak kebelakang. Baru jelas wajahnya!
Kepalanya pula diletakkan keatas lengan danish. Mahu mendekatkan lagi jarak antara mereka. Rambut ikal mayang itu bermain dijarinya.
"Aku sayang kau surisya..... Bila kau nak balas cinta dan sayang aku? Aku yakin kau bukan seorang yang keras kepala. Saya sayanggg awak. Saya janji saya akan jaga awak dari segalanya. Bila awak dah jadi isteri saya, saya janji dengan diri saya takkan benarkan airmata kesedihan jatuh lagi" luahnya sendiri.

"Aku benci kau! Aku tak nak! Aku sakitt.. Sakit! Aku takut....isk isk isk.. Aku nak abah.... Abah...." rintihan surisya mematikan lamunannya. Pelukan diketatkan.

"Syuuuu.....sayang? Kenapa ni? Bangun sayang..surisya?" kejut danish.
Terkejut rasanya bila surisya membalas pelukan. Surisya menyebabkan kepala didada danish. Tenang rasanya...

"Aku nak kau...jangan tinggalkan aku...aku sayang kau" rintih surisya. Air matanya kian reda. Danish tersenyum.

"I won't leave you sayang..."

"Hmmm".
Pelukan diketatkan lagi. Bukan danish yang memeluk isterinya. Malah surisya yang memeluk danish.
Danish hanya membiarkan saja perbuatan isterinya. Lengan surisya danish tepuk perlahan lahan seakan mendodoi akhirnya surisya tidur kembali dibawah dodoian danish. "Aku kena tanya dia esok ni" getusnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience