bab 11-misi

Romance Completed 3141

"aku boleh tolong kau.." jawab satu suara yang datang dari pintu.. danish dah seram sejuk! yerr lah kot kot tu jembalang atau setan mana yang mengusiknya. bila dipusingkan kebelakang, dia dah boleh menarik nafas lega..
"kau rizz..." balas danish. "kenapa? terkejut? kau jangan risau la... surisya ni aku dah anggap dia macam adik aku tau... surisya ni dah tak ada siapa siapa lagi yang dia percaya. dia pernah percayakan semua orang, tapi dia kena tipu. dia dulu lurus bendul kan?" soal rizz bertalu talu. danish mengangguk lagi. memang betul, surisya dahulu memang seorang yang lurus bendul. apa yang di suruh pasti akan dia lakukan. lagi lagi sewaktu mereka disekolah rendah. habis dia diperah menjadi orang suruhan 'rakannya'. dia juga pernah menyuruh surisya melakukan macam macam.
tetapj sejak beralihnya mereka ke sekolah menengah, surisya menjadi orang yang sedikit tegas. tidak selurus bendul seperti dulu. sejak dari sekolah menengah jugalah surisya bertemu dengan nabila. seorang wanita yang mampu mengubah keperibadian surisya disekolah. dia yang melindungi surisya dari menjadi 'hamba' kepada rakan rakannya. sungguh disebabkan nabila jugalah surisya mampu berdiri tanpa memerlukan tongkat lagi..buktinya? sejak mereka naik ke tingkatan 4 surisya sudah mampu berbalas bahasa dengan rakannya. dan surisya juga pernah membuli balik rakan yang pernah membulinya dahulu. hampir kecoh satu sekolah. bukan membuli secara fizikal,tetapi secara mental..

-flashback-

"kau nak apa?!" jerkah gadis yang digelar mirah
"ehh eh eh dia tanya kita pulak ye..." balas surisya diikuti gelak sinisnya.
"yang kau pergi langgar aku tu dah kenapa? buta?" tambah surisya lagi..
mirah menggegam penumbuk. mahu saja dia menumbuk muka surisya, tapi apakan daya, disebelah kelas mereka adalah bilik guru. sudah banyak kali dia ditegur oleh guru. tetapi dia tak pernah mendengarnya.
"kau lah yang buta b**o*! tak nampak ke aku jalan yang kau langgar bahu aku kenapa? boleh je kan kau ketepi sikit. dah pakai cermin mata pon tak nampak! dasar mata empat!" balas mirah sinis. surisya sudah tidak terasa langsung bila dia dikatakan dia mempunyai mata empat.
"sebab MATA EMPAT aku ni la aku nampak semuanya dengan jelas wahai cik mirah kain sengket." balas surisya. perkataan mata empat itu ditekankan.
kali ini sabarnya sudah sampai ke limitnya, tangan yang digenggam tapi dibuka. mahu melempang gadis yang berbicara sinis dihadapannya. geram.
dengan sepantas kilat. tangan mirah itu ditahan.
"hey hey tangan tu simpan la elok elok. takut nanti terkehel pulak tangan tu dikerjakan.lagi pun, aku tak rela kulit aku disentuh tangan orang yang macam kau. menjijikan." jawab surisya dengan muka menggeliat kegelian.
mirah menghempas tangannya diatas meja dan terus pergi dari situ. "bodoh punya betina!" jeritnya sendiri.
"hoi! lepas ni sapu minyak tau tangan tu... takut nanti kena marah dengan datin sri pulak!" laung surisya dari kelas. rakan sekelasnya yang lain sudah mengekak ketawakan si mirah tu. hari hari pasti ada sahaja akal si surisya mengenakan mirah kain sengket itu.danish juga tak terlepas dari menggelakkan si mirah. memang lawak time tengok muka malu plus marah dia tu.

"hoi! kau okay ke tak?" jeritan rizz disebelahnya mematikan lamunannya.
"aku okay...kau betul ke nak tolong aku? kau percayakan aku? nabila pernah cakap kau pernah tumbuk muka lelaki yang rapat dengan surisya?" soalnya sedikit takut. rizz ketawa mengekek. lawak lihat muka danish ketakutan..
"sebab lelaki tu jual dadah. aku tak nak surisya terlibat dengan benda benda tu. kau tak ambil kan barang maut tu?" soal rizz selamba. danish menggeleng. faham maksud barang maut itu. dadah.
"okay, sebelum aku ajar kau, aku nak kenal latar belakang kau dulu boleh?" soal rizz.danish mengangguk laju.

"nama penuh?"

"danish lukman bin iskandar"

"tempat tinggal?"

"pahang, sekampung dengan surisya. tapi sekarang aku duduk sini.kerja"

"kau kerja apa"

"aku kerja disyarikat sendiri. lukman's travel sdn. bhd."

"nama ibu bapa kau apa?"

"iskandar dan maznah supiyah"

"adik beradik berapa orang?"

"ada 3 orang, aku anak sulung. yang kedua umur 19 and yang last umur 17 dua dua still belajar."

"apa yang kau tahu pasal surisya?"

"nama dia Safiyyah surisya binti affendy, umur 22 tahun, baru habis belajar di bidang permeliharaan haiwan dan marketing. ada ijazah sarjana muda, tak bekerja lagi. dan masih single. hehehe"

"mana kau tahu surisya single?"

"nabila" jawab danish selamba.

"er...kau rapat ke dengan nabila?"
"bolehla..." jawab danish, tetapi dengan sedikit kerutan didahi.
"kenapa kau tanya? kau suka dia ehh?" tokok danish. dia yakin tekaannya betul kerana dia mula melihat rizz seperti serba tak kena bila dijawab begitu. "eh ye.. eh eh tak tak tak aku just tanya je... kot la kau ada hubungan dengan dia kan?" jawab rizz gelabah.
"ada hubungan..." danish sudah tambah perasa.
terbeliak mata rizz.. "then kenapa kau nak kan surisya? nak sakit kan hati dia?" soal rizz serius.tapi berbaur cemburu. danish dah ketawa mengekek.
"hubungan aku dengan nabila tu just as a friend only. tak lebih. aku suka dan sayang dekat surisya sorang je." jawab danish sambil mata tak lepas dari memandang surisya yang sedang enak tidur diatas katil. rizz menarik nafas lega...
"okay la kalau macam tu...nahh! ni senarai apa yang do and don't bila kau dengan surisya." rizz menghulurkan buku kecil itu kepada danish. danish menyambutnya. "kenapa kena ada buku? kan boleh je kalau kau cakap sendiri.." balas danish pelik.
"itu sebenarnya diari surisya. aku nak kau baca tu.. dalam tu ada semua luahan hati surisya. aku kasi masa malam ni sahaja untuk kau baca dan habiskan. lepastu bagi balik." jelas rizz panjang lebar. danish mengangguk lalu menyimpannya ke dalam poket baju t shirtnya.
rizz bangun dan bergerak ke arah surisya. jam dikerling menunjukkan pukul 2++
"surisya, bangun... dah zohor ni..demam kau dah okay? " kejut rizz. masih tidak bangun.
"ehem! ehem!" rizz memandang kearah danish.
"just let me do" jawab danish. rizz membenarkan.
"surisya... bangun, nanti aku angkat kau kang." surisya menggeliat sedikit. dia berasa seperti ada suara garau yang mengacaunya. "surisya, aku ada bawak daim tau! kau tak nak aku makan sorang.." sampuk rizz. serta merta mata surisya terbuka luas.
"daim?! nak nak nak nak nak!!" jeritnya. danish dah terkejut besar! bukan kaleng kaleng betul erk cara rizz kejutkan ni.. dia melihat rizz sudah ketawa besar. "daim tak ada, danish ada lah!" jawab rizz.
surisya dah hilang rasa terujanya. yang ada hanyalah rasa menyampah yang membara. "masuk hutan cari daun keladi,aku takkan maafkan kau sampai mati!" lepas memberi pantun surisya terus menegakkan badannya. selipar diambil lalu dia mengimbangkan langkahnya menuju ke bilik air. kepalanya pening kerana bangun mengejut tadi. kau ingat tak pening ke?!. heh!.
"eh eh eh! su, relaxlah aduh! bukan selalu kenakan kau. jalan tu hati hati, nanti jatuh."pesan rizz dalam gelak tawanya. lama juga rizz ni gelak! lebih kurang macam nabila. danish pun nak tergelak bila rizz kata macam tu, tapi bila time surisya berpantun tu dia takut pulak! hahaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience